Wednesday, September 3, 2014

PRN S'ngor atau KETUM masuk Sg Buloh ... mana dulu?


Pendengaran rayuan terakhir Anwar Ibrahim wal KETUM bila adalah pada Oktober 28 dan 29hb.

Sementara kes saman Anwar versus Dato Anifah Aman yang berjalan pada Ogos 25 ke 29 akan bersambng pada September 15hb ke 17hb 7hb ke 8hb Oktober. Baca di Rakyat News SINI.

Di situ pun sudah penuh jadual Anwar sebelum ke penjara. Mana pula nak hadapi pilihanraya negeri?

Ramai pihak merasakan elok dijalankan pilihanraya negeri untuk tentukan MB baru. Itu termasuk juga Presiden Perkasa, Dato Ibrahim ali. Namun, itu tidak boleh diteruskan selagi Sultan belum selesai menuntut dua nama cadangan dari parti PKR, DAP dan PAS masing-masing.

Sultan berhak menuntut cadangan dan boleh memberi masa yang lebih untuk ketiga-tiga pihak untuk menimbangkan nama-nama yang sesuai. Ini masih dibidang kuasa raja.

Mana tahu hal ding dong dari istana ke parti masing-masing berpanjangan hingga ke November untuk sidang DUN? Sebenarnya, tak perlu buat undi tak percaya kerana TSKI sudah serahkan letak jawatan.

Oleh kerana ramai pihak dalam pembangkang yang mahukan penyelesaian seperti negeri Perak, maka Sultan ambilkira permintaan itu dahulu sebelum cuba cara pilihanraya yang bakal menelan banyak wang dan suatu pembaziran.

Agak-agaknya sempatkah Anwar terlibat dalam pilihanraya umum Selangor sebelum masuk Sg Buloh untuk direhatkan?

No comments:

Post a Comment