Sunday, September 14, 2014

Haji Hadi tergamam kilat sambar tempat dia berucap


Haji Hadi tidak muncul di hari penamaan calun tapi dia ada bersama di ceramah malam pertama.

Menurut Aspirasi Bangsa SINI, kemunculan Haji Hadi, Mat Sabu dan Ustaz Nasaruddin Daud hanya menarik dalam 50 orang saja. Tak ramai.

Menurut seorang pemerhati pada malam itu, suatu kejadian kilat dan petir menyambar tak jauh dari kejadian itu dan bunyi begitu kuat. Ketika itu Haji Hadi sedang menuduh kerajaan persekutuan  Barisan Nasional dengan pelbagai tuduhan.

Kononnya kerajaan berlaku zalim dan banyak melakukan rasuah tapi contoh-contoh yang diguna salah dan tidak tepat.

Mereka tuduh BN ambil minyak negeri Kelantan. Kalau rampas, kenapa tuntutan R yang diketuai Husam gagal di mahkamah?

Dituduh BN tak hormati institusi pondok. Eh ... di Kedah tu bukan BN yang bantu pondok?

Kelantan perlukan highway dan jalan lebih baik tapi bukankah duit itu sudah disalorkan kerajaan negeri ke tempat lain?

HIghway yang kerajaan PAS kata nak bina pun akhirnya pusat yang kasi duit untuk habiskan. Masaalah nak bina dan baiki infrastrtuktur terhalang sebab kerajaan negeri tak henti main politik lalu halang pembagunan dan tak beri tanah.


Haji Hadi tersentak dan para hadhirin tersenyap dengan kilat dan petir itu.

Samada kejadian itu mempunyai makna tertentu wallahu alam. Pastinya Haji Hadi hilang stim untuk bercakap.

Tersebut pasal zalim, Mat Sabu yang ada bersama dilaporkan berkata di Sham Alam semalam mengenai ulamak yang memaparkan imej Islam untuk menghalalkan cara. Baca di blog Biswardi SINI


No comments:

Post a Comment