Sunday, September 21, 2014

Banner jawab tuduhan zalim ekoran kempen UMNO Kelantan dikritik lembab!!!



Setelah kempen BN dikritik oleh beberapa blogger yang berada di Kelantan sebagai lemab, jentera BN baru naikkan spenaduk-panduk dan banner. Baca ABITW, Flying Kick dan MIK antara lain.

Takkanlah kempen pilihanraya tak buat ceramah, tak boleh kasi risalah, tak boleh berucap, inisiataif buat program ditahan-tahan dan diputuskan oleh seorang, dan tak boleh up banner. 

Orang datang jauh-jauh semua tak boleh macam-macam seperti Ku Li atas takhta di Galas suatu masa dahulu. Ramai balik akibat sikap UMNO Kelantan yang berlagak!

Mana ada kempen yang tidak bawa mesej politik dan serang menyerang. Takkan kempen macam pondan cuma bakar ayam dan dengar tape dikir barat. 

Di Pengkalan Kubor, sumber utama penyebaran bukan media perdana (orang tak beli paper). Cara menyebar utama adalah ceramah, risalah yang straight to the point dan mesej mudah, dan kempen rumah ke rumah. 

Belah PAS dok membedil hingga peribadi calun pun dipermainkan. Padahal ini merosakkan perkahwinan wanita tersebut yang telah kahwin balik malah suami yang ada dan calun bersahabat.

Antaranya isu yang perlu dijawab adalah tuduhan kerajan pusat menzalimi Kelantan. Malah sebenarnya kerajaan Kelantan adalah kerajaan bankrup yang gagal tadbir kewangan dengan baik dan banyak berlaku ketirisan:

Baru malam tadi dinaikkan banner.




Tuduh BN seleweng tapi mereka pula buat. Nampak sah taktik Anwar buat satu penyelewengan tapi  tuduh BN ata spenyelewengan sama.


Mereka dok asyik main isu ugama seolah-olah cara mereka ISlam sebenar, tapi cakap asyik berbohong, buat cerita dan fitnah. Lihat Husam sendiri komen tentang Hudud.


Baca apa komen Harun Din.


Isu banyak tapi UMNO tahan brake. Macam tak mahu menang. Agaknya untung pembangkang pegang kerusi. Apa ssaja ketua-ketua UMNO bahagian mintak dari ICU semua masyukkk!!!

Harap Dato Najib tutup ICU. Hanya ketirisan dana....

No comments:

Post a Comment