Friday, September 19, 2014

Hujah NASARUDDIN DAUD tuntut pendaratan gas serupo ORANG GILA


Ini apa punya fitnah yang dilakukan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan dan exco kerajaan negeri Kelantan, Dato Nasaruddin Daud buat.

Malah keterlaluannya begitu melampau hingga semalam ada laporan polis dibuat terhadap kenyataan Nasaruddin di atas pentas ceramah PAS di Kg. Simpangan

Nasaruddin mengatakan kerajaan pusat (persekutuan) memberi royalti minyak dan gas kepada kerajaan thailand dengan pendaratan minyak dan gas di shongkla thailand sebagai dana membunuh pejuang pemisah islam di Selatan Thai.

Ini melampau dan satu tuduhan jahat yang menuduh kerajaan malaysia menaja keganasan di selatan Thai.


Dalam sidang akhbar selepas membuat laporan, pengadu Ahmad Hazwani menyatakan kenyataan Nasaruddin boleh menjejaskan hubungan di antara rakyat malaysia dengan penduduk di selatan thailand.

Dia menggesa pihak berkuasa memastikan Nasaruddin dikenakan tindakan yang tegas.


Isunya bukan setakat dekat aatau jauh ke Kota Baru. Tetapi untuk mendarat ke Kelantan, ia memerlukan fasiliti untuk menerima dan stor gas tersebut. Kelengkapan sudah ada di Kertih dan Songkla.

Buat apa Petronas perlu membelanja ratusan ringgit atau billion untuk membina fasiliti baru di Kota Baru. Fasiliti dah ada di kertih.

Mendarat di Kelantan akan menampahkan kos pengangkutan untuk dibawa ke fasiliti di kertih melalui pendaratan di Kota Baru lebih mahal.

Selain perlu bina fasiliti  transit di Kota baru, muatan perlu di punggah di Kota Baru dan dibawa melalui jalan darat atau bina paip dari KB ke Kertih! Ada pula risiko handling. Lebih mudah dan murah diangkut terus ke  Kertih.

Tambah lagi, kalau pusat nak juga punggah ke Kota Baru, tak boleh juga. Perlu diakui, ia SALAH KERAJAAN PAS! SELALU TOLAK PEMBANGUNAN!!!

Sebarang usaha untuk membawa pembangunan dari kerajaan pusat sering tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri. Selalu tanah disekat dan kerajaan negeri perasan boleh buat sendiri. Akhirnya Pusat juga kena bina.

Kerajaan negeri lebih rela rakyat miskin dan negeri tak maju demi kekalkan kuasa. Pembangunan hanya membuka mata rakyat untuk menolak PAS.

Tanpa kerjasama, susah untuk Petronas bina di Kelantan.

No comments:

Post a Comment