Tuesday, September 23, 2014

Strategi 16 jam terakhir PAS mengepung pengundi


Bagi ahli politik yang hanya tahu beretorik dan tidak faham langsung operasi pilihanraya, mereka ingat cukup setakat janji mereka, keperibadian mereka, rekod menjaga kawasan dan ideologi mereka.

Rekod yang baik oleh ditewaskan pada kecuaian di hari terakhir dan hari mengundi.

Dari apa yang didengar di bawah, perancangan PAS adalah untuk mengepung pengundi-pengundi PAS supaya semua keluar mengundi.

Bagi pengundi yang dahulu undi UMNO dan dikenalpasti mahu berubah ke PAS, mereka mempunyai satu pasukan untuk mengawasai pengundi ini dan memastikan mereka keluar sepenuhnya.

PAS ada pasukan yang berperanan untuk sabotaj sebarang usaha dari tukang kempen UMNO atau BN untuk memasuki kawasan kubu dan pengundi PAS. Di Sungai Limau, dua kawasan utama yang menyumbang kepada kemenangan mereka sentiasa di kawal 24 jam.

Satu lagi strategi PAS adalah untuk menarik perhatian penyokong BN/UMNO agar tidak keluar mengundi. Mereka boleh menakut-nakutkan pengundi atau menyebar alasan palsu seperti kononnya BN/UMNO sudah enang maka tak perlu keluar.
Mereka akan cari penyokong BN/UMNO yang tidak puashati dengan pemimpin BN/UMNO atau calon yang dicadangkan BN. 
Strategi ini akan dilihat paling ketara di kawasan PDM yang PAS menang atau PAS kalah tipis pada PRU 13 yang lalu.


No comments:

Post a Comment