Sunday, September 7, 2014

Nik Aziz restu TSKI heret PKR ke mahkamah


Selepas Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat turut mengesahkan bahawa PAS telah mengetahui pun 'rahsia' yang bukan lagi rahsia. Malah Nik Aziz turut mendedahkan bagaimana PKR bertindak secara bersendirian tanpa berbincang.

Namun yang paling menarik ialah apabila Nik Aziz berkata, kalaulah dia Menteri Besar Selangor, dia akan menyeret PKR ke mahkamah kerana menjatuhkan maruahnya.

PKR adalah budak manja yang segala kehendaknya perlu dituruti. Menurut Mursyidul Am PAS itu lagi, seseorang perlu menegur PKR yang semakin hari semakin manja. Malah Nik Aziz juga melahirkan kegembiraan kerana Presiden PAS memilih untuk berkeras dan mendedahkan kebenaran.

Pengakuan Nik Aziz tentang penjelasan yang diberikan oleh Hadi Awang, sekaligus mendedahkan bahawa PKR dan DAP adalah berbohong. Perbincangan dan perdebatan dengan Khalid Ibrahim telah dilakukan sebelum LANGKAH KAJANG yang sekarang ini bertukar menjadi LANGKANG KENGKANG dimulakan.

Sebelum ini, PKR terutama menerusi Rafizi Ramli kerap berkata dan memberitahu masyarakat yang Khalid Ibrahim enggan bersemuka dengan panelis Pakatan Rakyat untuk menjawab setiap persoalannya. Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, Hadi Awang ketika dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh PAS Terengganu telah mengesahkan bahawa selain PAS yang menghantar tiga orang wakil, PKR dan DAP juga turut menghantar tiga orang wakil setiap satu untuk bersoal jawab dengan Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim telah menjawab semua persoalan dan jawapannya dikatakan telah memuaskan hati kesemua yang menyoalnya. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim yang kemaruk untuk menyebat wang rakyat Selangor telah mengumumkan mahu menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pemaksaan perletakan jawatan oleh ADUN Kajang. PRK Kajang kemudiannya berlangsung dan Anwar Ibrahim yang tidak layak, telah digantikan oleh Wan Azizah.

Apabila Wan Azizah menang DUN Kajang, Anwar Ibrahim memaksa agar Khalid Ibrahim meletakkan jawatan Menteri Besar untuk digantikan oleh isterinya itu.- Selangor Chronicle

No comments:

Post a Comment