Monday, September 15, 2014

Calun BN buat Anwarinas terpaksa "beli cikit sini, beli cikit sana"


Dah tentu Saifuddin nak sabo PAS dan ada ahli PAS yang mahu ajar kumpulan Anwarinas dalam PAS, pihak PAS melihat perlunya satu rangka strategi untuk mengimbangi kekuatan calun UMNO.

Boleh dengar dalam ceramah, PAS risau dengan keperibadian calun UMNO yang bekas guru, orang yang disukai masyarakat dan parti, dan guru ugama serta Imam yang dihormati masyarakat dengan menghina pakaiannya dan permainkan dengan menggelarnya ustaz..


PAS meramalkan persaingan hebat untuk memenangi kubu kuat BN di Pengkalan Kubor dan kemenanga mana-mana pihak dilihat dengan majoriti sedikit. Mereka menggunakan taktik beli cikit sini dan beli cikit sana dengan harapan beberapa inci sana sini boleh menjadi cukup panjang untuk memberikan kemenangan.

Dikhabarkan PAS sudah menemui pihak belah Siam untuk membeli undi orang-orang Melayu Selatan Siam yang dilahirkan di sini dan punyai dua warganegara. Jumlah mereka tidak seberapa tapi ini sebahagian dari usaha nak dapatkan undi sikit sana sini. Mereka dibayar duit transport dan wang saguhati.

PAS juga sedang berusaha untuk dapatkan undi Orang Tak Berupaya (OKU). Sasaran mereka ialah untuk mendapatkan dalam 50 undi OKU. Diharap undi OKU dapat menarik 5 undi seorang dan ini boleh diterjemahkan menjadi 250 orang.

Jentera PAS juga dikatakan sedang mensasarkan Pemuda Cawangan dan PDM.

Taktik psikologi mereka adalah untuk mempersoalkan keupayaan calun BN meneruskan legasi arwah Dato Norzaidi. Pemuda juga di ugut sekiranya tuntutan royalti diperolehi, kawasan BN tidak akan menerima apa-apa. perasan macam boleh menang....harap tiada Pemuda tertipu.

Khabarnya ada usaha untuk mem"beli" pemimpin Pemuda pada kadar antara RM2,000 ke RM5,000 untuk tarik pengundi muda. Dalam hal ada melihat PAS tak ambil pot dengan kerusi Pengkalan Kubor, puak Anwarinas telah ketepikan sejumlah RM500,000 ke RM750,000.

Jika ada Pemuda yang ditawarkan hanya berapa ratus, itu maknanya ahli PAS itu telah kebas sekurang-kurangnya RM1,000.

Bagi yang mudah dipermainkan ugama seperti holongan wanita, Dewan Muslimat dan Bridged Muslimat sedang menyerang rumah-rumah ke rumah untuk fokus golongan ibu tunggal, fakir miskin dan OKU dengan menjajakan slogan 'Untuk Akhirat'.

No comments:

Post a Comment