Wednesday, September 17, 2014

PAS dan R wajib dihukum hina mahkamah kerana terus main isu minyak


Sedap betul PAS buat tuduhan dan fitnah terhadap UMNO tentang tuntutan royalti minyak mereka yang berkali-kali kalah di mahkamah hingga sudah tiada asas untuk mereka nak menuntut.

Pada hari penamaan calun, mereka bermain 'angle' baru untuk menuntut Akta 750 dibatalkan dan perlu disahkan kerajaan-kerajaan negeri. Kononnya pembatalan Emergency Ordinance membuatkan Akta itu tidak valid.

Padahal ada artikel Perlembagaan yang memberi kuasa YDP Agong untuk meluluskan undang-undang yang booleh diguna pakai sepanjang mana undang-undnag tidak dibatalkan.

Hampir semua penceramah PAS memainkan isu royalti minyak untuk menyalahkan kerajaan persekutuan. Malah kain-kain rentang telah disediakan untuk memanaskan lagi kemarahan rakyat menggunakan fitnah dan tuduhan palsu ini.

Sebaik saja Tan Sri Muhyiddin berkata UMNO akan menjawab tuduhan, Dato Takiyuddin boleh berkata ianya satu kesalahan menghina mahkamah kerana kes itu masih sedang dibicara di mahkamah. Tapi mereka terus menuduh dan menyebbarkan CD.


Petang tadi seorang peniaga Ahmad Hizwani dari Wakaf Baru tumpat membuat laporan polis terhadap Ketua pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadzali yang disediakan bahan menuduh kerajaan.


Ini adalah satu kesalahan menghina mahkamah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan harap polis bertindak. Jangan lagi berulang kisah Nurul Izzah membuat tuduhan jahat yang membolehkan dia menang tapi sebaik saja dia menang, baik saja dia meminta maaf.

Kalau Muhyiddin tak boleh cakap, semua pihak tidak boleh cakap. Harap ada lagi pihak yang buat laporan polis terhadap Royalti, PAS dan pemimpin-pemimin yang mulut lancang.

Malaysia ni dah macam negara tak ada undang-undang. Main langgar dan pihak berkuasa diberi tekanan politik untuk dilarang bertindak,


No comments:

Post a Comment