Tuesday, September 9, 2014

DAP dan PKR minta maaf... ingat rakyat pekak dan tak tahu?


Respon DAP dan PKR kepada surat Tuanku yang secara terbuka menyuarakan murka terhadap sikap degil kedua badigol ini adalah meminta maaf.

BUkankah begitu jelas kehendak Tuanku meminta dua nama dari parti masing-masing? Apa yang tidak jelas?

Parti masing-masing bermakna DAP tak boleh calunkan si KIPAS! Parti masing-masing maknanya PKR patut calunkan dua bukan si KIPAS lembab itu seorang!!!

Malahan PAS pun tak patut calunkan dua dari PKR dan hanya satu dari PAS. Oleh kerana ada nama yang diletakkan itu menyenangkan hati Tuanku, tak dimurkai Tuanku.

Permintaan itu jelas dan tiada eri baru nak minta maaf. Janganlah ingat pihak istana tak ikuti berita-berita akhbar perdana dan alternatif. Blog dan sosial media pun diikuti istana.

Baca si KETUM punya jawatran yang Unspinners ambil dari MiM SINI, berikut:

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau. seterusnya
Betul-betul macam budak terencat akal.

Dah minta maaf, tapi kata tak bersalah. Siap beritahu Tuanku bahawa mereka tak bersalah. Hantar surat pada Tuanku ke nak berkempen untuk cover mata rakyat dan redakan kemarahan rakyat?

BUkan tak tahu PKR undur dari Pengkalan Kubor kerana takut nak hadapi kekalahan teruk!!!

Lagi pun, maaf PKR dan DAP berisi ...ada sesuatu. Bagi yang tak sempat baca, pergi ke pautan SINI dan SINI untuk tahu agenda mereka.

Ini hanya tactical retreat untuk konon redakan serangan.

Ini cara DAP yang tak akan go all out sekali gus hingga sampai masanya. Agenda akan tetap diteruskan dan ianya akan berterusan sambil "Melayu mudah lupa".

DAP memang mahukan dana MB Inc untuk diguna untuk Sarawak tapi duit di Penang pun cukup banyak.

Dalam Anwar berpura-pura minta maaf, khabarnya macam-macam pihak dalam puak Anwar mahu buat serangan melalui mahkamah. Tak hairan istana kena serang, kerajaan kena serang dan macam-macam lagi mereka mahu serang saman. 

Jeng jeng jeng .... ingat rakyat pekak dan tak tahu ke. Macam mana tak bila masih lagi kata Istana salah. Tunjuk mana dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Istana salah????

No comments:

Post a Comment