Tuesday, September 16, 2014

Pondok PAS ajar pakai serban ikut Nik Aziz bukan amalan Nabi???!!!


Jika semalam didedahkan permainan wang dan trick jahat PAS di Pengkalan Kubor, itu masih tak seburuk taktik menyalahgunakan ugama untuk berkempen bagi calun mereka.

Exco kerajaan negeri, Dato Hj Nasaruddin Daud berceramah di Kg Telaga Batu pada malam pertama mendakwa BN tolak ajaran islam walaupun calonnya memakai serban.

Semacam dia risau caun UMNO pakai serban dan pengaruhi penyokong PAS, dia sebut isu pakaian bercirikan islam tak mempengaruhi pengundi pas.

Lalu calon BN dipanggl sebagai Ustaz Jadian.


Sambil lalu di perlecehkan juga calon BN yang memulakan pondok di Pengkaan Kubor. Dia menceritakan sejarah pondok sebagai tempat menimba ilmu agama. Semua urusan pembelajaran perlu dirujuk kepada pondok.

Katanya, BN memperlekehkan institusi pondok. Dia sengaja lupa bagaimana BN kuat membela pondok-pondok di Kedah. Cuma di Kelantan,, PAS menghasut pondok-pondok untuk menolak bantuan kerajaan pusat. Nak kasi kena melalui mereka untuk diberikan pada pondok kroni mereka.

Seolah-olah memperlecehkan ilmu Haji Mat Razi, dia kata amalan tak berdasarkan ilmu akan ditolak dan tak diterima Allah swt

Rupanya tak cukup kata nesta malam pertama, lalu disambung esuknya di PDM Telaga Lanas. Kali ini, Dato Nasruddin berkata dia  terkejut calon UMNO memakai serban, jubah dan dipanggil ustaz. Lalu dia dakwa UMNO melawan perintah Allah dan tidak berguna sekiranya calon UMNO memakai sebegitu.

Katanya, UMNO pernah meletakkan calon bekas kadi di Pasir Mas tetapi ditolak oleh rakyat 4,000 lebih undi. Nampak dia bercanggah kerana dia suruh menilai seseorang dari ilmu tapi dia menilai seseorang dari segi undi.

DIa turut memperlekehkan calon umno mengajar bacaan al quran (surah yassin) hingga diberi liputan oleh Utusan Malaysia dan RTM. Ada disebut calon UMNO mengikut-ngikut Nik Aziz untuk berserban dan dipermainkan poster calon UMNO kelihatan berdoa. 

Sejak bila sunnah pakai serban itu diturunkan oleh Nik Aziz? Bukankah itu sunnah Nabi dan kita digalakkan ikut sunnah Nabi???

Apa komen PAS?

Itulah mentaliti dan pemahaman cetek Islam PAS.

Dato Abdullah Yaacob ADUN Air Lanas memuji plan pembangunan bercirikan islam yang dilakukan oleh tuan guru nik aziz di Kelantan sejak tahun 1990.

Dibanggakan Nik Azi hanya ada Tesco Kota Baru, pajak gadai islam, cuti 2 hari seminggu, dan cuti bersalin 60 hr.

Adakah Tesco itu saja pembangunan Islam?

DI PDM Telaga Lanas, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fazli cuba memainkan isu hukum hudud.

Dia menimbulkan speaker DUN Terengganu menolak usul hukum hudud dan menuduh UMNO pura-pura jaguh hudud di negeri selangor, lupakah dia PAS ketepikan agenda negara Islam dan hukum hudud untuk negara kebajikan?

Malah Kelantan yang kononnya tiada maksiat pun pernah didedahkan ada kisah penjualan dadah dan disco. negara.

Konon kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan besar uutuk sekolah agama tapi banyak yang dalam keadaan daif.

Timbalan YDP Pasir Mas, Hj Abdul Halim ABdul Rahman mengulang tuduhan UMNO gagal jalankan hukum tuhan.

DIa merujuk kepada hudud lah tu.

Tapi adakah hudud saja tanggungjawab seorang kerajaan. 


Nampak sangat orang PAS ni kurang ilmu dan hanya ingat hudud saja cara hukum dalam Islam. Lagi dia tak faham bila hukum hudud sesuai dijalankan.



Macam-macam imej Haji Mat Razi

Dia juga dakwa kuasa mahkamah syariah terlalu kecil tapi dia tak sedar bahawa usaha UMNO yang pertingkatkan hukum syariah dari "inferior law" seperti dikatakan peguam pro Pakatan Rakyat untuk dinaikkan ke tahap sama dengan hukum sivil.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS berkata pemilihan calon PAS adalah berdasarkan syarak dan kemampuan untuk pikul amanah. Iya ke?

TUNGGU NANTI KITA BOGELKAN LEPAS INI!!!




No comments:

Post a Comment