Wednesday, September 10, 2014

Anwarinas Kamaruddin Jaafar takut kalah atau PAS beri walkover?


Berita sinopsis Utara News melaporkan:

Faktor kekalahan selama tiga penggal kepada calon Umno di Dun Pengkalan Kubor membuatkan PKR bersedia untuk memberi semula kerusi Dun berkenaan kepada PAS. PKR juga tidak sanggup lagi dimalukan oleh Umno khususnya ketika kemelut Menteri Besar Selangor yang kini semakin menjatuhkan imej mereka. Jika PAS tewas di Pengkalan Kubor, PKR akan bertepuk tangan dan mengatakan PAS bukanlah kuat seperti yang didakwa didalam Pakatan.

Difahamkan PAS akan mengumumkan calun mereka malam ini pada lebih kurang di Masjid Geting malam ini dalam pukul 9 malam. Khabar mengatakan Dato Seri Haji Awang akan umumkan Wan Rosdi bin Wan Ibrahim, iaitu Penyelia DUN Pengkalan Kubor sebagai calun PAS.

Sudahlah PKR takut, nampaknya Anwarinas pun takut nak tanding. Pencalunan ini agak mengejutkan kerana sebelum ini, khabar angin memberitahu AP Tumpat, Dato Kamaruddin Jaafar akan tanding dan rampas kerusi ini dari UMNO.

Adakah sebab pergelutan kausa antara PAS Ma aka Anwarians dan puak pro Ulamak maka Dato KJ enggan atau tidak dicalunkan?

Atau Dato KJ takut kalah atau takut dirinya tercemar dengan imej sebagai Anwarinas yang boleh menjejaskan peluangnya untuk kekal sebagai AP Tumpat di PRU14 akan datang? Mungkin juga Dato Kj tak mahu lihat dirinya diboikot oleh kumpulan pro ulamak yang banyak berada di akarumbi?

Pastinya PAS tidak meletakkan Wan Rosdi untuk kalah kerana PAS atau sekurang-kurangnya kumpulan pro Ulamak masih malu dilihat kuat walaupun berhadapan dengan ancaman kuasa dari dalam dari Anwarinas.

Di kalangan orang PAS ada yang mnganggap Wan Rosdi tidak mampu menandingi keupayaan calon BN yang telah diumumkan semalam dan pencalunan Wan Rosdi memberi 40% kemenangan kepada calun orang ugama UMNO. Tambah lagi, Wan Rosdi tidak mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi dan kurang mantap sumber kewangan.

Tak mungkin PAS beri walkover buat UMNO. Percalun Wan Rosdi mungkin untuk memastikan PAS tidak diboikot jentera. Siapa pemimpin-pemimpin pembangkang yang hadhir dan tidak hadhir di hari penamaan pada hari Sabtu kelak ye???

No comments:

Post a Comment