Sunday, September 14, 2014

Sebab khuatir hilang kuasa, PAS lebih rela rakyat hidup dalam kemiskinan



Keadaan kediamaan penduduk daif sebegini adalah pandangan biasa di kawasan Tumpat Kelantan dan termasuk juga di kampong sepanjang pantai. Dalam keadaan begini, tanggungjawab kerajaan, baik pusat atau pun negeri, untuk membantu.

Dalam hal ini, bukan kerajaan pusat tak membantu. Malah sebelum pilihanraya, PR1MA ada melancarkan projek-projek di Kelantan seperti di Jalan Wakaf Mek Zainab.








April 11, 2013 18:46 PM

Kerajaan Negeri Mahu Gagalkan PR1MA Di Kelantan, Syarat MKKB Keterlaluan - Fatmi

KOTA BAHARU, 11 April (Bernama) -- Kerajaan PAS negeri Kelantan dilihat seolah-olah mahu menggagalkan projek Pembinaan Perumahaan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Wakaf Mek Zainab berdasarkan beberapa syarat Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang agak keterlaluan.

PR1MA dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 15 Mac lalu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata projek berkenaan ialah antara tujuh janji yang dibuat oleh Najib kepada rakyat Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri seolah-olah cuba memberi tekanan kepada projek itu apabila MPKB hanya membenarkan pembinaan 300 daripada 1,000 unit yang dirancang.

"Bagaimanapun, Kerajaan Pusat tidak akan bertolak ansur dalam hal itu demi rakyat yang memerlukan rumah mampu milik itu," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan 16 penduduk Kampung Paya Bemban di sini, Rabu malam.

"Jangan ketatkan syarat sebab projek ini untuk rakyat. Syarat mereka agak keterlaluan, sedangkan reka bentuk dibuat mengikut apa yang ditetapkan dan selamat untuk dihuni," katanya.

Pada perjumpaan tersebut, 16 keluarga daripada 23 keluarga menerima bantuan berbentuk wang tunai apabila rumah yang dihuni mereka telah diambil pemilik tanah.

-- BERNAMA


-------------------------------

Khabarnya antara alasan lain yang sering diguna kerajaan negeri sebaik saja kerajaan pusat berniat mahu jalankan projek untuk membantu rakyat adalah mereka boleh buat sendiri dan tanah itu tidak diberi.

Masaalahnya kerajaan negeri sering berkata kerajaan pusat menahan bantuan pembangunan kepada negeri tapi sebenarnya kerajaan pimpiinan PAS terlalu banyak sangat hasad dengki dan salah sangka unuk meihat semua dari kepompong politik.

Mereka takut rakyat akan berhenti undi PAS jika rakyat sudah selesa hidup dan kegiatan ekonomi aktif membantu mereka untuk mendapat mata pencarian. PAS lebih reda rakyat hidup miskin melarat dari ambil sebarang risiko politik kepada mereka. Nampak ketiadaan keikhlasan mereka.

Atas pentas ceramah, bunyi hebat. Sebenarnya lain sekali.

No comments:

Post a Comment