Tuesday, September 16, 2014

PELIK!!! BN kempen serupo kerajae, PAS serang serupo pembangkang???


PAS menyerang UMNO kononnya UMNO tak perjuangkan Islam. Padahal PAS hanya mengamalkan Islam yang jumud dan sempit.

Pemerintahan Islam PAS tidak menyeluruh. Dalam aspek politik dan pentadiran, PAS wujud sebagai parti politik. Namun mereka gagal sebagai pentadbir dalam menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan. Mereka gagal daam mencerminkan Islam yang progresif.

Hal ini sepatutnya UMNO serang secara sopan dan berbudi menggunakan fakta tapi nampaknya PAS yang parti pemerintah pula yang menyerang. UMNO yang merupakan parti pembangkang pula yang menjawab dan bertahan.

Dalam hal kewangan dan ketelusan,, banyak penyelewengan dan ketidak tulusan berlaku dalam kerajaan Kelantan. Mereka banyak meniipu rakyat dengan pelbagai program yang dilancar seolah-olah akan berlaku tapi akhirnya dibatal sebaik saja habis pilihanraya.

Dalam hal pembangunan, setelah dibantu dengan banyak oleh kerajaan persekutuan, kerajaan PAS kelantan gagal membangunkan dan menaikkan ekonomi negeri mahu pun tempatan. Mereak menuduh kerajaan pusat zalim tapi sebenarnya mereka gagal.

Malah banyak kisah duit yang diberikan kerajaan pusat untuk menyelenggara jalanraya dan air pun dipesungkan kerajaan Kelantan ke tempat lain termasuk untuk tujuan politik.

Dalam hal perkhidmatan rakyat, majlis tempatan pun gagal untuk maintain perkhidmatan dan fasiliti yang dibangunkan kerajaan pusat.

Banyak point-point yang boleh diguna tapi kempen BN serpa macam mereka kerajaan di Kelantan dan PAS dilihat sebagai pembangkang untuk serangan mereka dijawab. Sepatutnya sebagai pembangkang, BN patut menyerang dan meletakkan kerajaan Kelantan untuk bertahan.

PAS pun patut diserang supaya janji dan ideologi ugama yang mereka jaja itu dihalusi dan dipersoalkan konsistensi dan praktiknya.

Majlis tempaatan yang terletak bawah kerajaan negeri patuut disoal siasat dan kerajaan negeri patut dibuat menjawab.

Sepatutnya setiap kali PAS menyoal BN, kita patahkan segera dengan hujah PAS adalah kerajaan negeri patut mereka yang jawab. Kenapa mereka gagal ini dan itu. Kalau tak upaya jalankan tanggungjwab, mereka patut berhenti mentadbir.

Ini kerajaan pusat pula disoal PAS seolah-olah ini kerusi parlimen yang direbut!!!

Bangunlah!!!

No comments:

Post a Comment