Wednesday, September 3, 2014

PAS cadangkan nama PAS dan TSKI?




AIDCNews – 3/9/14 – Facebooker pro PAS, Tulangbesi Malaysiawaves mendakwa parti itu telah menghantar tiga nama di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari partinya sendiri untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon Menteri Besar.

“Maklumat Tulang Besi dapat Presiden PAS telah tanda tangan surat kepada Istana yang menamakan tiga Adun PAS.

“Betul-betul berlawanan dengan keputusan mesyuarat PAS Pusat, mesyuarat Pakatan Rakyat serta apa-apa keputusan parti.

“Walaupun ada usaha dari Mustafa Ali untuk tarik surat tersebut, tapi gagal,” dakwanya.


Namun, Tulangbesi Malaysiawaves kemudiannya membuat pembetulan bahawa tiga ADUN itu adalah dua dari PAS dan satu lagi mencalonkan semula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor.

Baca sepenuh di AIDC SINI

No comments:

Post a Comment