Saturday, November 1, 2014

Qardawi tertinggal ilmu DNA, Tak simpati mangsa dera seks Anwar



Memetik dari Milo Suam, Sheikh Yusuf Qardawi memberi kenyataan yang NAIF tentang Anwar Ibrahim berikut:


Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.

Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.
Dia turut menyebut mengenai hanya percaya jika ada 4 saksi:

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

(Surah An Nur 12-13)
Maaflah cakap ....

Ini adalah pandangan seorang ulamak yang naif dan tak berinformasi malah seorang yang mudah ditipu bulat-bulat oleh Anwar Ibrahim. 

Sayang kredibilitinya tercemar akibat kealpaannya.

Dia sepatutnya mendengar dari pihak yang tahu sebelum menuduh pihak lain membuat tuduhan dusta. 

Agak pelik seorang ulamak besar tidak langsung prihatin dan memikirkan nasib si mangsa Saiful tapi memihak pada pendera seks berdsasarkan HANYA PADA SANGKA BAIK.

Tambah lagi, agak tidak praktikal dan tidak lagi lojik untuk menunggu 4 saksi. Adakah langsung mangsa dibiar seperti mana wanita mangsa rogol di Saudi Arabia yang dihukum sebab kehilangan dara?

Saksi dan bukti pada zaman ini dengan pelbagai peralatan adalah lebih berguna dan tepat berbanding dengan 4 saksi yang mana kejujuran dan kebenaran mereka susah disahkan. Empat saksi adalah supaya bukti itu sahih. Orang zaman Nabi jujur dan amanah, bukan zaman sekarang ...


Bagaimana pula bila ada saintis kata, "DNA is a stronger proof than eye witness". Lihat video You Tube di SINI.

Sementara menunggu ulamak dapat mengemaskinikan diri dengan ilmu teknologi dan ilmu tentang bukti dalam amalan memerangai jenayah yang lebih moden, dan canggih untuk bersesuaian dengan keadilan Islam, adakah mahu dibiarkan Malaysia dipimpin oleh seorang yang syak kewibaan, rendah moral, kuat menipu dan membelit dan suka membuat huru hara? Dalam Quran ada sebutkan tuhan membenci orang yang melakukan huru hara di mukabumi Allah.

Malaysia memang negara Islam tapi ia bukan negara Qardawi!!! Ia negara kami!!!

No comments:

Post a Comment