Tuesday, November 18, 2014

Ada blog untuk pantau sapa tibai Noh Omar?


Unspinners tidak tahu apa dimaksudkan oleh MIK di SINI. Cuma tak lojik untuk Noh Omar sanggup bayar blogger hanya untuk pantau dan jaga nama baik dia.

Entahlah kita yang hanya blogger yang mahu bebas menulis tak berapa paham sikap orang yang terlalu takut hadapi kritikan dari sesama sendiri tapi imaj sendiri sudah lama rosak dan pembangkang lagi teruk menghentam dia, UMNO dan kerajaan.

Fikir-fikirlah adakah penting sangat diri kamu dari parti dan kerajaan? BN perlu menang beberapa kerusi di Selangor juga untuk mempertahankan kerajaan. Jika kamu menjadi liabiliti hingga buat orang tak undi parti, tak boleh la gitu.

Kamu naik atas nama parti dan dengan itu, parti kena lebih utama dari diri sendiri. masa kamu ketua, orang sokong dan bila orang lain ketua, kamu kenalah sokong. 

Entahlah ada pula kata Noh Omar pula kata tukar Omar belum tentu selesaikan masaalah dan ini semua salah orang lain. Baca sini.

Maksudnya baik kekalkan Noh Omar dari cuba orang lain. Maaflah sahabat blogger, kami berlainan fikiran. Kalau track record tak berapa baik, kebolehan kurang dan gerak kerja tak nampak ada strategi sedang dirangka, bolehkah tiba-tiba ada kebolehan baru untuk lakukan kejutan untuk tarikbalik Selangor.

Oleh yang demikian, macam mana nak kekalkan. Baca analisa ABITW SINI. Amat setuju sekali pandangnnya. Takkan bila tanya strategi jawabnya perlu ada Menteri dari Selangor baru boleh ada sumber untuk buat program? Sapa yang mahu dijadikan Menteri itu.

Kalau muka baru, adalah harapan untuk mencuba nasib. Ini belum cuba lagi dah tahu tak boleh. Biarlah cuba orang lain untuk terajui.

No comments:

Post a Comment