Friday, November 7, 2014

Adakah Kebebasan Asas mengatasi kuasa Mahkamah Syariah?


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Mahkamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.


Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan - MK


---------------------

Ada Article 121 (1A) yang dimasukkan dalam pindaan perlembagaan pada tahun 1988 berbunyi:

The courts referred to in Clause 1 [High Court] shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah courts.

Dan article seterusnya mengenai kuasa Mahkamah Rayuan dan Mahkamah persekutuan hanya berhubung dengan kuasa Mahakmah Tinggi dan bukan Mahkamah Syairiah.

Tambah lagi: artikel 11 (3)(A) menyebut setiap ugama ada hak untuk mengurus dan tadbir ugama masing-masing dengan Islam mempunyai kuasa Mahkamah Syariah dari sebelum wujudnya Perlembagaan Persekutuan.

Malah Artikel 8 berhubung "Equality" mempunyai perkara (5) (b) yang mengatakan klausa berhubung kesaksamaan tidak merakumi urusan pentadbiran ugama syariah. 

Maka adakah Seksyen berhubung Fundamental Liberties boleh melebihi kuasa Mahkamah Syariah???

BACA PERLEMBAGAAN MALAYSAI DI SINI

No comments:

Post a Comment