Saturday, November 29, 2014

Blogger dah Goblog? Usah syok sendiri, tapi fikirkan KE-BER-KE-SA-NAN


Teguran Farhana dan Dato Naib menimbulkan satu politik sesama blogger dan penggiat sosial media. Tak dinafikan ada blogger yang bagus, ada yang kurang aktif dan ada yang kurang aktif tapi efektif. Tulisannya memberi impak dan menarik perhatian awam.

Terima dengan hati terbuka kritikan tentang kegoblogan blogger. Tak semua yang dikatakan Farhana betul dan tak semua yang dimaksudkan dalam teguran Najib.

Dalam kebisingan baik blogger atau pelbagai pihak, tak payah nak risau sebab bunyi kuat menandakan kat belakangnya lohong dan besar lubang. Ramai antara blogger pun hanya kuat saja bercakap dan nampaknya  pung pang pung pang ... bila tgk hasil, tak produktif.

Teguran ini perlu dipanjangkan berkenaan "effectiveness blogger". Adakah mereka yang diberikan tanggungjawab dan digajikan effective? Jawapan itu tidak terletak pada mereka tapi pada pembaca dan orang lain. Mereka mesti defend kata mereka bagus.

Ada pihak melihat kegagalan paling ketara dikalangan Blogger pro-UMNO bukan kepada tekad natijah, keikhlasan dan konsistensi. Ianya pada kegagalan merancang dan mengukur keberkesanan  penulisan mereka.

Ada pula melihat kegagalan kita adalah masih berfahaman ortodoks. Blogger masih berpegang pad apandangan bahawa penulisan mereka adalah senjata yg lebih ampuh.

Hakikatnya keadaan sudah berubah dan pada zaman sekarang, kebenaran adalah terhasil daripada pembohongan yang berterusan dan secara agresif. Kalau nak pertahankan kebenaran pun, mcm tu juga, perlu agresif dan berterusan sehingga diterima.

Zaman cerita kegemilangan silam UMNO sebenarnya dah berlalu. Kalau tanya org umno siapa datuk panglima bukit gantang dan sebab sebenar namanya tak tercatat dlm sejarah umno, pun ramai dah tak tahu.

Sekarang adalah zaman pembohongan dan permainan persepsi, sama ada kita suka atau sebaliknya. Ini zaman terus terang. Zaman kalau tak suka, dan terancam, kena cantas dan bunuh. Zaman prinsip sudah terkubur dan perjuangan hanya laungan.

Itu antara pandangan kawan-kawan. 


Unspinners lihat dah masa semua pihak termasuk penulis fikir dalam-dalam tentang usaha yang mereka lakukan. Tak boleh lagi dengan masa hanya 39 bulan untuk syok sendiri dan cemburu mencemburui sesama sendiri. 

Jika mereka mahu jadi pemain serius dalam duni amaya, dah masa mereka fikir benar-benar tentang effectivessness usaha kerja mereka. Tak boleh lagi defensive dan merencana alasan dan sebab musabab. Salahkan internet tak sampai di kawasan, salahkan peruntukan dan salahkan kurang bahan. 

Tanya adakah usaha yang kita lakukan mendapat trafik? Adakah hujah yang kita suarakan itu boleh diterima dan bukan pemikiran poyo cara lama? Adakah olahan dan ulasan kita itu boleh mengubah pandangan pembaca atau mendiamkan pembangkang?
 
Jika Najib mengeluarkan slogan SO-LI-DA-RI-TI maka sudah masanya blogger dan FB berfikir mengenai KE-BER-KE-SA-NAN.

Dalam mahu melakukan muhasabah ini, usah lagi cuba fikir diri tak salah tapi orang lain bersalah. Fikir di mana diri itu kurang dan fikirkan cara nak baiki. 
 
Pasti masing-masing ada kekangan untuk lebih berefktif. Maka cari cara atasi dan bukan dok fikirkan apa alasan dan akhirnya mintak peruntukan jadi solution. Ada pelbagai platform dan fikirkan di mana kekuatand an kelemahan dan guna pelbagai platform untuk baiki.

Dalam hal ini, pihak yang mengatur dan bertanggungjawab harus sentiasa melakukan pernilaian balik samada cara yang dilakukan efektif.

No comments:

Post a Comment