Monday, November 10, 2014

ADUN Tg Bungah bikin Betty sedih


Sedih jika dia bukan lagi first lady Pulau Pinang ....

PULAU PINANG 10 Nov. - Wakil rakyat DAP, Teh Yee Cheu hari ini mengusulkan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri yang ketika ini disandang oleh Lim Guan Eng dihadkan kepada dua penggal sahaja.

Yee Cheu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga berkata, sekiranya perkara itu diterima, ia akan membuka ruang kepada pemimpin lain yang  berkebolehan untuk tampil ke hadapan dan memperjuangkan konsep demokrasi yang sebenar.

Cadangan itu kemudian  mendapat sokongan Ketua Pembangkang , Datuk Jahara Hamid dan Yap Soo Huey (DAP- Pulau Tikus).

Bagaimanapun, ADUN Air Hitam, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik Guan Eng membantah usul berkenaan sambil menyifatkan ia tidak ada kaitan.

Diterima dari Whats App

No comments:

Post a Comment