Thursday, November 27, 2014

Tahniah PERKASA, ISMA dan NGO haluan "kanan" ... Azwanbro memalukan!



Demikian kata Najib dalam ucapan dasarnya di PAU 2014 tadi.

"Kita akan masukkan peruntukan khas, pertama kita mahu memastikan akta ini dapat melindungi kesucian agama Islam bahkan agama lain juga tidak boleh dihina.

"Kedua, kita akan masukkan supaya tindakan boleh diambil atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia,".

TERIMAKASIH Najib kerana mendengar suara rakyat ! 

Maka ramailah yang memuji2 tindakan Najib ini dan berbakul2lah ucapan tahniah dihamburkan ....... Tahniah??

TerimaKasih ..... ya.    Tapi ..Tahniah ?? 



Bagi saya ucapan tahniah itu seharusnya diberikan kepada NGO2 MELAYU ISLAM seperti Pembela, Perkasa, Isma, Jati dan lain2 yang tidak putus2 berusaha tanpa mengenal jemu dalam perjuangan mempertahankan Akta Hasutan itu, tidak ketinggalan individu2 lain dari Tun Mahathir, bekas2 Hakim, bekas2 Ketua Polis, hinggalah rakyat biasa yang turut sama berganding bahu bersatu suara dalam menyuarakan bantahan terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Najib itu.





Bila dah kuat suara, barulah Najib dengar....... terbukti kan ?

Bayangkan kalau suara bantahan itu perlahan atau tidak ramai yang sanggup tampil kedepan membantah cadangan Najib mahu mansuhkan Akta Hasutan atau membantah RUU Harmoni dari dulu ...... anda rasa Najib akan umumkan seperti tadi ?

Nah ..... sewajarnya TAHNIAH diberikan kepada yang berhak !


Bukan soal menang atau kalah sebab kita tidak menang apapun .... kita sekadar mempertahankan apa yang sedia ada.

Puak Ekstremis seperti di bawah ini akan terus menyerang dengan isu2 lain pula, berselindung dibalik topeng baru pula ..... 



Perjuangan Belum Selesai ...

Din Turtle

Tak lupa juga Bahagian UMNO dan Ketua Bahagian UMNO yang buat usul kekalkan Akta Hasutan.  Wanita UMNO yang beri suntikan semangat.

Dato Najib harus lebih berhati-hati dan kaji dulu sebelum main ikut cakap penasihat yang antara lelaki dan perempuan pun tak boleh bezakan fitrah seorang lelaki dan seorang perempuan.










Masa kita terbuang dengan kerja-kerja begini.

Dahlah ada yang sebegini ...




No comments:

Post a Comment