Saturday, November 8, 2014

Pemikiran Islam Liberal mengarah ke atheis


FRONT Pembela Islam (FPI) Inddonesia adalah sebuah NGO Indonesia yang paling lantang menentang suara golongan liberal dan pluralisme agama di sana.

Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia, Ketua Umum FPI, HABIB MUHAMMAD RIZIEQ SYIHAB mendedahkan cara untuk mengenali pemikiran sesat puak Islam Liberal. Ternyata hala pemikiran  itu ada dalam puak SIS dan kumpulan Islam Liberal dan plural lain serta Anwar Ibrahim.

Kami memetik berikut dari KLXexpress:

.... pemikiran liberal terdapat sekurang-kurangnya empat virus pemikiran yang sangat berbahaya.

Pertama adalah virus relativisme. Ia adalah satu virus pemikiran yang membuat seseorang itu meyakini bahawasanya tidak ada kebenaran mutlak termasuk kebenaran agama.

Semua kebenaran bersifat relatif. Maka dia akan beranggapan semua agama sama, semua agama benar, semua agama sama-sama menuju syurga dan semua agama tidak ada perbezaan. Akibat virus relativisme yang ada dalam pemikiran seseorang, akhirnya orang itu bersikap menjadi pluralisme.

Kedua adalah virus skeptisisme. Kalau seseorang sudah terlalu lama menganggap tidak ada kebenaran mutlak, maka lama kelamaan dia akan ragu dengan kebenaran.

Dia menjadi ragu dengan kebenaran agama dan tidak yakin kalau agama itu mampu menangani urusan perekonomian, perniagaan, politik dan urusan negara. Dia hanya meyakini agama itu adalah urusan ibadah, solat, puasa, zakat dan haji sahaja.

Kalau orang sudah kena virus semacam ini, maka dia akan bersikap untuk memisahkan antara urusan agama dengan urusan negara atau sering disebut sebagai sekularisme.

Ketiga, virus agnostik. 

Ini terjadi apabila seseorang itu tidak peduli lagi dengan kebenaran agama. Sehingga dalam menentukan sesuatu itu baik atau buruk, benar atau salah, dia tidak lagi memakai ukuran agama, sebaliknya dia akan memakai ukuran kebendaan. Apa-apa yang boleh mendatangkan hasil kebendaan, itu benar.

Orang yang terkena virus ini tidak peduli lagi dengan halal dan haram. Contohnya aktiviti judi, pelacuran dan minuman beralkohol akan dibenarkan mereka kerana ia boleh mendatangkan hasil. Selama ada hasil walaupun haram, maka dia tetap akan terima.

Keempat, virus ateis. Mereka yang dijangkiti virus ini tidak percaya dengan agama. 

Dia menolak kewujudan Allah SWT sebagai Tuhan, dia menolak kewujudan Muhammad SAW sebagai Rasul dan dia menolak apa sahaja yang menurut dia tidak realistik. Syurga dan neraka tidak kelihatan di mata, tidak boleh dibuktikan. Jadi mereka menolak kebenarannya, jadi semuanya serba rasionalisme.

Baca sepenuh SINI

No comments:

Post a Comment