Wednesday, November 12, 2014

UMNO nak debat pertahan bahasa Melayu tapi Nazir Razak tak iklan di Utusan?


Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menyelar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Bank Datuk Seri Nazir Razak kerana lebih mengutamakan peruntukan wang iklan yang lebih besar kepada akhbar bukan Melayu daripada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Bekas menteri penerangan itu berkata, Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih mempercayai kepada golongan yang suka memperkecilkan akhbar berkenaan sedangkan bilangan pembacanya mencatatkan peningkatan.

“Malangnya CIMB Bank dikuasai Nazir yang juga adik Datuk Seri Najib sendiri percaya kepada mereka ini dan CIMB lebih mengutamakan peruntukan wang iklan yang lebih besar kepada akhbar bukan Melayu daripada Utusan Malaysia.

“Pekara ini patut dibawa dan didedahkan dalam Perhimpuan Agung Umno kelak,” katanya menerusi kiriman yang bertajuk ‘Kekuatan tersembunyi Utusan Melayu menyerlah sekali pun adik Najib bersikap tidak adil pada Utusan’ di blognya Zamkata. – 12 November, 2014.

Baca seterusnya SINI

Macam mana nak percaya UMNO mahu berdebat untuk pertahan bahasa Melayu tapi adik Presiden tak sokong akhbar bahasa Melayu???

No comments:

Post a Comment