Friday, November 7, 2014

Aziz Bari pernah kata Artikel 121 (1A) jelas tentang kuasa mahkamh syariah



Pada tahun 2006, Wartawan Berita Minggu, ZIAUDDIN SHARUDDIN dan HAFIZAH ISZAHANID, ada menulis mengenai pandangan pakar undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkenaan artikel 121 (1a).

Berikut petikan dari tulisan tersebut:

Sebenarnya pindaan yang dibuat pada 1988 menjelaskan pindaan yang sudah berlaku. Pindaan itu menyatakan Mahkamah Sivil tidak ada kuasa pada hal-hal yang dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Saya berpendapat perkara ini jelas dan tidak menimbulkan kesamaran. Sebelum pindaan pada 1988, telah ada kes mahkamah berkaitan isu ini.
Pada 1982, Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, berkata Mahkamah Sivil mesti menghormati mereka yang terdidik dalam bidang syariah. Ini berdasarkan Mahkamah Sivil tidak ada kepakaran dan pengetahuan bagi menangani masalah yang sepatutnya dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apabila pindaan dibuat pada 1988, kita boleh mengatakan hakikatnya, Parlimen hanya memaktubkan apa yang sudah berlaku.
Jangan lupa Mahkamah Syariah wujud lama sebelum Perlembagaan digubal. Apabila kita bercakap mengenai Mahkamah Syariah khususnya dan Islam umumnya, ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh semua orang, termasuk bukan Islam.
Kita jangan termakan dengan hujah bahawa Mahkamah Syariah diberi kedudukan lebih tinggi atau mengatasi Mahkamah Sivil. Itu tidak betul! Sebenarnya Mahkamah Sivil tidak ada kuasa dalam isu membabitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Tentulah berbeza hujah dan dakwaan bahawa Mahkamah Syariah mengatasi kuasa Mahkamah Sivil. Ini dua perkara yang berbeza. Sama juga bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa membicarakan kes-kes membabitkan kuasa Mahkamah Tentera, Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Perindustrian.
Ini soal bidang kuasa! Mahkamah Sivil adalah institusi yang diwujudkan dan diletakkan di bawah Perlembagaan. Kalau Perlembagaan mengatakan ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil kena patuh.

Kebebasan beragama tidak dipertikai

TIDAK timbul soal menafikan hak bukan Islam kerana Mohammad Abdullah adalah Islam dan seperti kes lain, tidak ada sesiapa memaksanya memeluk Islam. Timbul gambaran bahawa sekarang ini kedudukan atau hak kebebasan beragama, terutama bukan Islam diancam. Ini tidak betul kerana struktur Perlembagaan memberikan ruang kepada kebebasan beragama.
Persoalan penting sekarang ialah Mahkamah Syariah diberikan kuasa untuk menangani isu yang terletak dalam bidang kuasanya. Tidak timbul Mahkamah Syariah mengambil atau menafikan hak bukan Islam.
Ini bukan usaha memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Ini ialah keadaan orang Islam kena patuh kepada ajaran Islam. Ini sudah lama disebut dalam Perlembagaan. Walaupun tidak secara jelas, tetapi sudah ada pengkhususan kuasa diberikan kepada kedua-dua mahkamah. Jika orang Islam mencuri atau membunuh, itu tugas Mahkamah Sivil.
Artikel sepenuh di SINI

No comments:

Post a Comment