Friday, November 7, 2014

Hadith Bukhari sebut Rasulullah laknati "cross dresser"!!!


Beberapa laporan lebih lanjut berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan yang 'mengiktiraf' hak transgender menyebutkan bahawa ia berdasarkan penjelasan daripada ahli psikiatri berkaitan Gender Indentity Disorder, atau Gender Dysphoria - lelaki yang terperangkap dalam tubuh seorang wanita dan sebaliknya.

Jika demikian, barangkali perbahasannya dari sudut pandang Islam adalah berkaitan khuntsa musykilah walaupun ia sendiri lebih mengarah kepada ambiguous genitalia (alat kelamin yang samar-samar). Pada orang dengan DIB - DIS, banyak research menunjukkan ada faktor genetic, neurohormonal dan psychosocial yang terlibat.

Sebenarnya ia topik yang complicated dengan batas yang tidak jelas (grey area), ditambah pula dengan kewujudan kelompok gay, lesbian & bisexual. Faktanya kewujudan golongan transgender ini nyata dan mendakwa bahawa diskriminasi telah menyebabkan banyak di antara mereka yang menjadi 'pekerja tidak bermoral' seperti di kawasan Bukit Bintang, Lorong Haji Taib, Taman Lawang dll.

Di sisi yang lain, misalkan di Indonesia, telah wujud Pesantren Waria (wanita pria) di Yogyakarta yang mengadakan pengajian agama dengan kerjasama Nahdatul Ulama dan kegiatan usahawan industri kecil di kalangan waria. Beberapa transgender pula pernah membuat kehebohan dengan berangkat mengerjakan haji seperti Sukisno, pemilik salon Novi di Bojonegoro, Jawa Timur.

Tentulah persoalan transgender ini akan semakin complicated ketika berbicara soal hak untuk berumahtangga dan pengiktirafan perkahwinan, hak menduduki jawatan-jawatan penting, klasifikasi jantina ketiga : transgender dan seterusnya.

Masih banyak yang perlu dibincangkan berkaitan dengan golongan ini dan ia akan semakin jelas jika golongan agamawan, ahli perubatan & ahli undang-undang dapat melihat dalam perspektif (sudut pandang) yang sama.

-------------------------------

Mesej Whats App  di atas sedang tersebar. Adakah ianya usaha puak transgender untuk pertahankan Mahkamah Rayuan?

-------------------------------

 Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengistiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.

Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.

Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

“Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita.

“Saya amat sedih, udang-udang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum  syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan.

“Dengan keputusan yang dibuat, masyrakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.

Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalaman supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.

“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.

“Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri,” ujarnya.

----------------------------

Hadith berkenaan cross dresser jelas: 

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ قَالَ فَأَخْرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فُلَانًا وَأَخْرَجَ عُمَرُ فُلَانًا - رواه البخاري

 Dari Ibnu Abbas ra berkata, bahwasanya Rasulullah SAW melaknat mukhannasin (laki-laki yang menyerupai perempuan) dan mutarajjilat (perempuan yang menyerupai laki-laki). Beliau bersabda, ”Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah kalian.” Maka Rasulullah SAW mengeluarkan Fulan dari rumahnya dan Umar juga mengeluarkan Fulan dari rumahnya.

(HR. Bukhari)

Tak taulah apa lagi nak dipertikaikan melainkan mereka puak anti Hadith yang senagaja mempersoalkan kebolehan ulamak, dan institusi ugama dalam menganisa 700,000 hadith untuk tahu mana yang sahih dna mana tak sahih.

Tanpa ilmu dan penghayatan, ingat mereka sendiri sudah hebat untuk interpretasi sendiri quran dan hukum sendiri. Kalau pandai, kenapa main buang semua hadith? Nampak sangat ilmu tak cukup ...

Rasanya penghayatan Islam tiada dalam jiwa masing-masing. Mereka ni sembahyang ke?


No comments:

Post a Comment