Friday, November 14, 2014

Si kafir tak caya pada petanda dan peringatan tuhan




Ini jarang berlaku di darat dan begitu kerap di Kedah. 14 rumah terjejas baru-baru ini. Kali ke empat berlaku. BAca The Star SINI. Keadaannya ngeri....



Mungkin ianya freak weather kata orang putih. Atau keadaan iklim dan cuaca yang tak menentu. Bagi kita orang Islam, ia mungkin petanda atau peringatan. Mudah saja peringatannya iaitu bencana Allah boleh berlaku bila-bila. Orang baik atau tidak baik sama terlibat.

Adakah ianya berkaitan dengan kemungkaran yang sedang banyak berlaku di negara kita?

Wallahu alam ... tuhan saja yang mengetahui tapi tuhan ada berfirman dan Nabi berhadis (bagi yang masih percaya kepada pesuruh Allah) bahawa kemungkaran sesuatu masyarakat boleh dibalas dengan bencana. Banyak kisah Nabi sebagai contoh termasuk kisah bani Nabi Lut.

Bagi yang tak mahu percaya, dah serupa orang kafir tak percaya pada Allah dan Pesuruh Allah.

No comments:

Post a Comment