Monday, November 10, 2014

DAP bakal di KEJUTKAN dari IMPIAN?


Ketika DAP sedang melakukan projek Impan Sarawak yang hanya experiment di beberapa kawasan untuk mendapatkan sebagai pancing untuk dapatkan undi dari kawasan pendalaman, tapi dipropagandakan satu usaha besar-besaran, timbul pula berita berikut: 

Kejutan Menanti Pembangkang Pada P/Raya Negeri Akan Datang – Adenan Satem

KUCHING, 9 Nov — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) di Sarawak, telah menyediakan beberapa kejutan untuk pembangkang pada pilihan raya negeri ke-11.

Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem, yang juga Ketua Menteri, berkata pilihan raya negeri boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang sehingga Jun 2016 apabila tempoh penggal Dewan Undangan Negeri berakhir.

“Kami mempunyai beberapa kejutan untuk pembangyang yang kami tidak akan mendedahkannya sekarang,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada penampilan beberapa muka baharu pada pilihan raya akan menjadi sebahagian daripada kejutan, beliau menjawab: “Kejutan ialah kejutan. Saya tidak boleh mengumumkan sekarang”.

Pada masa ini, PBB menguasai 35 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dimenangi pada pilihan raya negeri lepas pada 2011. - UMNO Online

---------------

P/S SUPP, PRS dan SPDP patut bersama dalam membuat kejutan terutama ketika Teras dan UPP telah mengejutkan.

No comments:

Post a Comment