Wednesday, November 26, 2014

Anifah Aman dedah di mahkamah Anwar tawar rasuah RM100 million


Rakan Anwar tawar saya RM100 juta tumbang kerajaan BN, kata Anifah

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Published: 27 November 2014


27 November, 2014.Datuk Seri Anifah Aman hari ini mendedahkan, seorang ahli perniagaan yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan RM100 juta kepadanya bagi membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Menteri luar itu berkata, beliau terasa "murah" apabila tawaran itu diajukan bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail pada satu pertemuan di Hilton Central, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Kimanis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati tahun atau bulan kejadian itu berlaku.

"Saya beri amaran kepada Ishak, jangan sekali-kali ulang tawaran itu kepada saya. Saya marah kerana tawaran itu dibuat kepada seorang ahli Parlimen yang sudah tiga penggal berkhidmat," katanya semasa disoal balas peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

[Ishak Ismail ada kes di mahkamah didakwa oleh SC. Baca SINI

Anifah berkata beliau pergi ke hotel itu untuk menghisap cerut dengan dua lagi ahli Parlimen Sabah, termasuk Datuk Ronald Kiandee yang kini merupakan timbalan speaker Dewan Rakyat.

"Ishak mendekati saya dan membuat tawaran itu. Saya terkejut kerana saya sudah komited terus bersama BN demi kepentingan negeri Sabah," katanya memberi keterangan dalam kes dakwaan fitnah ketua pembangkang terhadapnya pada Mei 2009.

Anifah didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Anwar pada satu sidang berita di Washington bersama bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Beliau memberitahu wartawan yang Anwar menawarkannya jawatan timbalan perdana menteri sekiranya beliau membawa ahli Parlimen dari negeri itu bagi menumbangkan kerajaan BN yang memenangi 144 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar mendakwa kenyataan Anifah itu tidak berasas dan cuai serta mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. – 27 November, 2014.

Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment