Sunday, November 9, 2014

Intelektualisma syok sendiri vs tanggungjawab jaga akidah pihak berkuasa


Anwar mempertahankan SIS dengan menyebut nama seorang ulamak yang menyokong Plural Islam yang menyengutukan tuhan menggunakan hujah kepelbagaian pendapat.

Dr Chandra Muzaffarpula mahu pertahankan SIS menggunakan alasan kesediaan untuk membuka minda dan menggalakkan perbincangan intellektual tetapi ABITW SINImelihat ianya hanya perbincangan antara para intelektual yang tidak ada kesudahan.  

Sebarang kepelbagain atau perbezaan mesti ada arah untuk bertemu satu kesimpulan dan bukannya cakap tak habis hingga membingungkan orang ramai. 

Sementara itu, pihak berkuasa ada tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara akidah penganut Islam awam yang terbanyak dan bukan hanya tertunggu-tunggu lalu membiarkan kebingungan keapada orang ramai akibat perbincangan intelektualisma yang tidak ada titik dan noktah.

Perbincangan itu baik tapi ia harus juga bertanggungjawab untuk hanya antara pihak yang kesampaian ilmu dan pemikiran. Bila ada satu kesimpulan, barulah pihak berkuasa melakukan satu adjustment.



Pihak berilmu dan berfikir perlu mencontohi sikap bertanggungjawab seperti mana dalam peristiwa Sheikh Siti Jenar yang mana ahli wali songo ini bersedia dipenggal kepalanya untuk menyelamatkan akidah orang awam walaupun dia istiqamah dengan pandangannya. 

Ini adalah kisah serupa dengan kisah Annal Haq yang melibatkan Al Hallaj versi Nusantara. Baca SINI

Bagi Dr Chandra hanya mahu ajak orang awam bincang tak henti-henti untuk dengar hujah sekumpulan yang tak pasti mengamal islam sepenuhnya, tak menolak perkara-perkara yang diharamkan malah mahu halalkan yang haram dan tidak pasti menghayati Islam sehalus-halusnya, apa munasabahnya?

Mereka dan dr Chandra bukan ahlinya. Ini pula untuk melayan perbincangan tak henti untuk hanya seseorang yang gila kuasa dan sudah nyata sanggup lakukan apa saja kemusanahan dan bencana demi merampas jawatan tertinggi eksekutif negara.

Tapi tiada hala tuju rancangan yang membanun dan progresif untuk negara.

No comments:

Post a Comment