Tuesday, November 11, 2014

Bila DAP dok jual tanah ke pemaju, rumah hanya mampu pandang dan temberang


Isu Rumah mampu milik -

Kerajaan negeri dap diingatkan supaya tidak lagi pandai berjanji dan cakap tidak serupa bikin dalam isu membina rumah mampu milik terutamanya melibatkan pembinaan rumah kos rendah sederhana dan kos rendah dinegeri ini.

"Tidak masuk akal langsung apabila satu kerajaan negeri setelah lebih 6 tahun berkuasa gagal membina tempat berteduh kepada golongan rakyat miskin diatas tanah kerajaan negeri".

Bila bercakap mengenai isu perumahan rakyat (pembinaan rumah kos rendah) samalah seperti  menendang tin kosong yang tidak membawa sebarang faedah. Adalah satu kenyataan yg tidak boleh disangkal bahawa menanti kewujudan rumah kos rendah diatas tanah kerajaan negeri adalah satu penyiksaan.

Kerajaan negeri terutamanya Ketua Menteri haruslah iklas serta menerima kenyataan bahawa kerajaan pimpinannya telah gagal secara total dalam menyediakan tempat berteduh kepada rakyat miskin yang berbilang kaum di negeri ini.

"Apa gunanya wujud peraturan supaya pemohon membuat pendaftaran dengan  pejabat perumahan negeri jika hanya menanti ehsan pehak pemaju membinanya, sedangkan tiada komitmen dari kerajaan negeri".

Adalah didapati pehak pemaju juga semakin berkurangan membina unit-unit berkenaan disebabkan kenaikan melampau yg dikenakan keatas kos pembangunan oleh kerajaan negeri.

Apa sudah jadi dengan status dua pemajuan mampu milik termasuk kos rendah diatas tanah kerajaan yg telah diluluskan seperti di jalan S.P.Chelliah dan Batu Kawan, dimana cadangan projek berkenaan telah kedengaran semenjak beberapa tahun lalu,atau adakah ianya hanya sekadar sembang "teh tarik" sahaja?

Rakyat juga perlu dan berhak dimaklumkan apakah kerajaan negeri memberikan syarat 30 peratus pembinaan rumah kos rendah terhadap semua tanah-tanah kerajaan negeri yang telah dijual berbilion ringgit kepada pehak pemaju?

Persoalan ini amat penting bagi rakyat membuat penilaian munasabah samada kerajaan negeri yg dikatakan kerajaan berjiwa rakyat khususnya golongan sederhana ke bawah menjadikan pembinaan kos rendah  sebagai agenda keutamaan mereka.

Sebagai langkah alternatif kerajaan negeri disarankan perlu bersikap lebih terbuka serta bertanggung jawap dalam meluluskan cadangan projek pembangunan yg di kemukakan oleh agensi kerajaan pusat demi keperluan rakyat miskin negeri ini.

Jangan "bertindak dan menghukum" golongan berkenaan tanpa bicara disebabkan ideologi politik.

No comments:

Post a Comment