Sunday, November 30, 2014

Tak baik komentar tak JIL kaitkan Pak Lah dgn tanah TLDM Butterworth


Artikel kami malam semalam tentang tanah TLDM BUtterworth yang jadi bualan orang Penang dan ditimbulkan oleh seorang perwakilan UMNO Pulau Pinang merujuk SINI.

Seorang komentar kata:

Saya setuju sekira kawasan itu di jadikan satu bandar Malay Town dan sekiranya boleh dijadikan 100% tanah rizab Melayu. Masa belum terlambat.

Tak usah dirisaukan selepas ini Melayu akan lebih peka terhadap hak dan tanah orang Melayu.

Seorang lagi komentar berkata:

Itu kena tanya pak lah

Apa pula kena mengena Pak Lah dengan TLDM BUtterworth? Dia sudah pencen dan bukan perlu dia dilibatkan.Ia seolah-olah menuduh Pak Lah pula yang mahu tanah tersebut.

Takkan dah tua-tua dan pencen serta senang hidup dengan KJ berjaya naik, Pak Lah nak sibuk-sibuk berniaga besar-besar. Ini kerja stress.

Bertambah jahat tuduhan ini, adalah ianya seolah-olah kata Pak Lah tak buat apa tapi ambik komisyen. Isyyy ... jahat fitnah sedemikian rupa.

Harap Dato Reezal merican yang pernah jadi setiausaha pada Pak Lah dan MP bagi Kepala Batas perjelaskan kedudukan ini.

Pasti Pak Lah mesti suka dengan konsep Malay Town.

Tapi adakah DAP akan approve???? 


No comments:

Post a Comment