Sunday, November 23, 2014

Cari cara pertahan saki baki kg Melayu Pulau Pinang


Perwakilan umno  disaran membawa  usul mempertahankan hak saki baki kampung melayu dari terus lenyap ditelan akibat kerakusan arus pembangunan. 

Cari mekanisme terbaik menerusi agensi kerajaan pusat termasuk mengenakan sekatan kepentingan sementara supaya kerajaan negeri Dap tidak sewenang-wenangnya meluluskan pembangunan dikawasan berkenaan. 

Wujud status beberapa kampong melayu di negeri ini yang layak disenaraikan sebagai kampong warisan dimana masih belum terlambat untuk pihak berkuasa menjadikannya sebagai satu realiti. 

Enekmen warisan negeri yg diwujudkan oleh kerajaan negeri dilihat tidak langsung menyebelahi bagi tujuan menyelamat kedudukan kampung melayu, tapi lebih menjurus kepada soal menambah nilai komersial kepada bangunan sediada didalam linkungan zon warisan sahaja. 

Pihak kita berpandangan masih ada ruang untuk mempertahankan kedudukan kampong melayu dari terus menjadi impak sejarah jika kerajaan pusat menerusi kementerian yg bertanggungjawap (jika mempunyai bidang kuasa undang-undang) untuk membekukan dalam bentuk mengenakan "sekatan kepentingan sementara" sehingga status atau katogeri kampong-kampung berkenaan dikenal pasti". 

Kita akur bahawa terdapat dua senario berbeza diantara hak tuan tanah serta hak penduduk menerusi soal ekuiti. namun isu pengusiran penduduk yg telah bermastautin secara turun menurun tidak langsung mendapat pembelaan yg setimpal.

Malah yg lebih parah kedudukan kampung melayu yg menjadi sebahagian dari lipatan sejarah negeri ini akan turut lenyap ditelan bumi akibat angkara kerakusan pembangunan. 

Justeru itu penduduk melayu negeri ini amat berharap bahawa pemimpin umno negeri ini dapat membawa satu usul penting berkenaan bagi tujuan menyelamatkan kedudukan saki baki kampung-kampung melayu dinegeri pulau pinang.

No comments:

Post a Comment