Monday, April 6, 2015

Dato Tan, Razkan, Cliff dan Aidana: WIRA YANG TIDAK DIDENDANG


Laporan berita hanya memberi liputan buat Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin Alias, tapi ada 4 lagi penumpang dalam bencana helicopter yang terhempas.

Mereka adalah wira yang tidak didendang....


Dato Richard Tan yang diperkatakan bukan Robert Tan CEO IGB Corp yang merupakan empunya helicopter yang terhempas tapi adalah Dato Tan Huat Seng yang merupakan Pengarah Urusan Lam Ho Enterprise Sdn. Bhd. & SP Baiduri yang berpejabat di Mergong Barrage, Alor Setar.

Penerima pingat  JP dan DSDK dari Sultan Kedah pada 2008 adalah seorang ahli peniagaan yang banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Kedah.

Suatu masa dia amat rapat dengan bekas MB Dato Syed Razak dan Dato Mahadzir Khalid.

Sebaik Kedah jatuh ke PAS, dia menyumbang baktinya ke kerajaan persekutuan melalui projek-projek Persekutuan.

Beliau di tugaskan untuk siapkan 20,000 rumah mampu milik di Kedah oleh PR1MA yang dipengerusikan Tan Sri Jamaluddin Jarjis.Baca Utusan SINI.


Beliau menyertai JJ, Dato Azlin dan lain-lain dalam helicopter dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak PM di Pekan untuk menyertai JJ ke majlis perkahiwinan anak CEO PR1MA, Dato Mutallib Alias petang itu.

Mendiang Tan telah dibakar di Nilai Memorial dan abunya dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Golf, Alor Setar dalam satu majlis yang sederhana sesama kaum keluarga saja. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak.

-------------------

Kopral Razkan bin Seran

Anggota Unit Tindakhas yang terkorban dalam nahas Helikopter pada petang 4 Mac 2015 semasa dalam tugas mengiring principal yang didalam tanggunggjawabnya.

Beliau terkorban dalam tugas bersama2 dengan prinsipalnya. Kejadian itu bukanlah kesalahan atau kegagalan tugas tetapi keadaan diluar jangkaan yg sukar untuk dielakkan.


Allahyarham juga sebelum ini pernah berjuang bersama pejuang2 lain dalam Ops Daulat di Lahad Datu tetapi tiada yang tau kerana etika dan prinsip kerahsiaan yang tinggi Unit Tindak khas tempat beliau bernaung. Lambang keris bersayap yang tersemat dilengan, beret Merun yang disarung menjadi lambang kemegahan dan menjadi saksi sumpah berdarah akan berbakti dan sedia berkorban untuk Negara serta memegang kerahsiaan yang tinggi.

Beliau tidak terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu tetapi beliau terkorban dalam nahas Helikopter semasa DALAM TUGAS RASMI. Apakah bezanya gugur dalam tugas dilahad Datu dengan gugur dalam nahas Helikopter semasa bertugas tugas sehingga menyebabkan beliau seakan dilupakan begitu awal sekali..


Dalam pengurusan jenazah Allahyarham di Hospital,Solat Jenazah di Masjid Bukit Aman dan DiLapangan Terbang Subang dapat dilihat kurangnya perihatin dari pegawai peringkat tertinggi KDNKA dimana Unit Tindakhas dibawah cabang tanggunggjawabnya.
Sungguh mengecewakan,

Tiada penghormatan selayaknya diterima, diberi kepada pejuang yang gugur ini.Hanya kelibat pegawai2 dari bahagian Kebajikan PDRM dan pegawai serta rakan seperjuangan dari UTK sahaja yang sibuk menguruskannya.

Beberapa kepincangan dan kelemahan terselah didalam proses penghantaran pulang jenazah ke Sabah Namun dapat diatasi dengan tolak ansur dan budi bicara pihak lain.Terima Kasih diucapkan kepada pihak TUDM yang membantu melancarkan urusan.


Apakah kematian jika ditembak sahaja yang layak mendapat penghormatan sebagai wira ??

Sebagai anggota pasukan Khas
kami bersedia untuk bertugas,
Kami bersedia untuk cedera,
Kami bersedia untuk terkorban
Tapi kami tidak menjangka akan dilupakan begitu cepat,
pada hari kematian kami...

Wira Tak Didendang...

keluhan dari sahabat seperjuangannya..

----------------------------


Tidak cukup maklumat tentang pilot Cliff dan yang dikatan co-pilot Eidina. Makluman: gambar wanita disebelah Cliff di atas dikatakan bukan Eidina.




No comments:

Post a Comment