Tuesday, April 28, 2015

Berjayakah Mat Sabu mengenakan tekanan terhadap Pemuda PAS?



Pagi ini pada pukul 8.30 ada PC oleh Dewan Pemuda PAS Pullau Pinang (DPPN):

Sidang Media bersama Ketua Pemuda PAS P.Pinang DIUBAH WAKTU kepada jam 8.30 PAGI esok 29 April 2015 bertempat di Markaz PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Maaf atas kesulitan yg timbul.

Terima kasih.

Afnan Hamimi
Setiausaha DPPN P.Pinang

----------------------------------

Isu PAS nak bbantu atau tidak dah berlegar dari mula lagi. Ia bermula dengan Haji Hadi sendiri:


Kemudian keluar "fatwa":


DIikuti oleh YDP PAS Permatag Pauh tapi dia sudah flip flop dan konar dan baring:




Terpaksa ikut disiplin PAS Negeri yang dipengerusikan Mujahid yusof Rawa wal munafiqun.




Manakala pemuda PAS negeri:


Sebelum ini, DPPN ada mengeluarkan arah stop work berhubung kempen PKR di Pmtg Pauh:

Press ? for Keyboard Shortcuts.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.

TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK


Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015

-------------------------------


Ia disokong oleh:

KENYATAAN BERSAMA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN-KAWASAN (DPPK):

SOKONGAN PENUH KEPUTUSAN DAN PENDIRIAN DPPN PULAU PINANG


1. Berhubung perkara di atas, adalah ditegaskan kebersamaan Dewan Pemuda PAS Kawasan-Kawasan(DPPK) dengan keputusan dan pendirian Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 26 februari 2015 yang lalu.

2. Kami sepenuhnya memberi sokongan padu pendirian tersebut atas dasar kebersamaan kami dalam mengecam kenyataan biadap Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan keengganan mereka untuk memohon maaf atas kecaman mereka terhadap Tuan Guru Presiden PAS.

3. Kami juga ingin zahirkan, suara kekecewaan daripada pemuda peringkat akar umbi khususnya di kawasan-kawasan kami terhadap Ketua Pemuda PAS Malaysia, Saudara Suhaizan Kaiat yang dilihat begitu tidak budiman dalam menguruskan perkara ini sedangkan yang dikecam oleh rakan kita adalah Tuan Guru Presiden kita sendiri.

4. Adalah dipertegaskan di sini bahawa, pendirian DPPNPP bukanlah pendirian peribadi Ketua Pemudanya sahaja malah, adalah pendirian yang dibuat bersama semua exco DPPNPP. Maka, pendirian ini juga adalah pendirian bersama semua Exco DPPK kami.

5. Kami anak muda Pulau Pinang, akan sentiasa berdiri teguh menunjangi kepimpinan ulama' yang dikemudikan oleh Tuan Guru Dato' Seri Presiden dalam menegakkan cita-cita untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

Terus Beristiqamah.

Kenyataan Bersama;

1. Ir. Wan Ahmad Rafaie Bin Abdul Rashid
KP DPPK Permatang Pauh

2. Ahmad Taufiq Bin Saedon
KP DPPK Bagan

3. Ahmad Fahmi Bin Mohd
KP DPPK Balik Pulau

4. Syed Mohd Nazri Bin Syed Ibrahim
KP DPPK Bukit Mertajam

5. Mohd Najib Bin Hamsi
KP DPPK Batu Kawan

6. Zulazhar Bin Mohamad
KP DPPK Nibong Tebal

7. Rizal Hafiz Bin Roslan
KP DPPK Tasek Gelugor

8. Mohd Hafiz Bin Kasim
KP DPPK Kepala Batas

-------------------------------



Ekoran dari itu, Mat Sbau telah ugut untuk dikenakan tindakan disiplin terhadap Yusni Mat Piah. Padahal dia pun paut di disiplinkan.

Khabarya Mahfuz pun ada semalam di Pmth Pauh.




Sementara itu, Lim Guan Eng sudah resah dan tak mungkin mahu Pmtg Pauh kalah. Takut Pakatan Rayat berpecah dan ini hanya melemahkan DAP. Mereka diam saja dalam hal hudud buat masa ini tapi menentang dan tolak tegar hudud, agenda utama PAS.


Tidak menolak mereka lakukan apa saja untuk pastikan boneka DAP sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tekanan pun dikenakan oleh Mat Sabu, Mujahid dan Mahfuz.

Difahamkan Ahmad Awang pun mula buat komen di  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-berpecah-selepas-ulama-muda-mahu-kuasai-parti-kata-bekas-naib-presiden. Padahal isunya Anwarinas dalam PAS.


PC pagi ini akan melihatkan samada DPPN berjaya diugut dan dibayar atau istiqamah dalam pendirian mereka. Jeng jeng jeng ....


No comments:

Post a Comment