Friday, April 17, 2015
Rafizi disaman lagi ... Kali ini Najib dan Rosmah
Najib dan Rosmah Mansor dilaporkan telah menfailkan saman terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak. Saman tersebut telah difailkan semalam menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada Rafizi Ramli serta Chan hari ini.
Menerusi writ saman tersebut, Najib dan Rosmah telah menamakan Rafizi Ramli sebagai defendan pertama manakala Chan pula adalah defendan kedua. Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa, Rafizi telah memberikan ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November 2014.
Ucapan Rafizi itu telah dirakamkan oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuatnaikkan oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk, 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak."
Rakaman yang sama didakwa turut dikongsikan oleh Chan dalam laman Facebook Media Rakyat dan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia. Rakaman berkenaan telah ditonton sebanyak 9,736 kali di YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti akaun Facebook Rafizi Ramli dan 162,118 lagi mengikut akaun Facebook Chan.
Rafizi didakwa mempunyai niat supaya perkataan yang disebutnya diterbitkan semua oleh media massa dan dibaca oleh orang ramai. Manakala Chan pula gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab kerana tidak mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan Rafizi Ramli.
Najib dan Rosmah Mansor menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsirkan oleh mahkamah. Mereka juga menuntut faedah ke atas ganti rugi tersebut atas kadar 5% setahun dari tarikh penerbitan sehingga tarikh penghakiman dan tarikh penyelesaian penuh.
Sepenuh di Bulletin 247 SINI
Dengan aset yang cash yang sudah diumum sebanyak RM2 juta dan harta lain-lain seperti kereta, rumah dll, cukup untuk bayar saman dan seterusnya bantu biayai majlis kahwin anak Najib-Rosmah dengan anak Presiden Kazakhtan yang sudah berlalu.
Hehehehe ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment