Wednesday, April 8, 2015

Bukan 'style' Najib guna media sosial hentam pihak lain - Prof Azizudin


PM 'Membisu' Tanda Hormat Kepada Tun M

Wednesday, 08 April 2015
Written by Moderator


KUALA LUMPUR 8 April - Sikap Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak yang masih tidak menjawab serangan Tun mahathir Mohamad ekoran tanda hormatnya kepada mantan Perdana Menteri itu.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang dipetik Sinar Harian berkata, ianya merupakan tindakan bijak Najib untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir  dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

"Namun sekiranya isunya adalah isu kepentingan awam, Najib perlu juga jawab. Sekiranya tidak, isu tersebut boleh jadi spekulasi yg menjejaskan kredibiliti Najib dan parti kelak," katanya dalam laporan itu.

Jelasnya, Najib tidak perlu menggunakan medium laman sosial seperti Tun Mahathir bagi menyatakan pendiriannya kepada umum.

"Najib tidak lawan guna blog, FB dan Twitter, saya rasa ianya bukan 'style' Najib menggunakan media sosial mengkritik atau menghentam pihak lain.

Seenuh di rakyatnews.my di SINI

No comments:

Post a Comment