Monday, April 27, 2015

AMK mengharap PAS PPauh suka sama PASMA orang luaq


Menurut Malaysiakini SINI, PASMA akan gantikan jentera PAS tempatan yang dah merajuk:

1,000 sukarelawan PasMa kempen bantu PKR

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan membantu kempen PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kira-kira 1,000 sukarelawan PasMa akan berkempen memberi penjelasan tentang isu-isu semasa terutamanya isu hudud.

"Apa sahaja isu berkaitan rakyat, kita akan beri penjelasan biar (rakyat) faham perlunya sokong Pakatan terutamanya dengan isu GST hudud," katanya dalam sidang media di pusat sukarelawan PasMa di Permatang Pauh.

Selain itu, bekas pemimpin PAS Kedah itu berkata, kempen sukarelawan PasMa itu adalah antaranya siri ceramah bersama Pakatan.

Bagaimanapun, perkara itu masih lagi dalam peringkat perbincangan, katanya.


---------------------

Eloklah tu, bawa banyak-banyak orang PAS luar dan PASMA pulak tu yang dibawa untuk memujuk pengundi PAS. 

Harap-harap orang PAS tempatan suka PASMA. 

No comments:

Post a Comment