Friday, April 24, 2015

DULU JANJI JAGA CUCU, kini kejar lagi satu kerusi


DAP sebagai mastermind dalam Pakatan Rakyat kini dilihat sedang mengatur strategi supaya Dr Wan Azizah dipilih semula menjadi Ketua Pembangkang sekiranya beliau bertanding dan menang di Permatang Pauh. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dijangkakan diadakan pada 7 Mei 2015 manakala pencalonan dijalankan pada 25 April 2015.

DAP diberitakan tidak sama sekali berkenan dengan cadangan supaya Azmin Ali diangkat sebagai Ketua Pembangkang yang baharu kerana beliau sukar untuk dibaca dan diarah-arah. 

Malah dalam PKR sendiri, sudah ada pecahan kepada 3 kumpulan, 2 daripadanya tidak mahu keluarga Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Permatang Pauh. Ramai yang sudah bosan dengan drama keluarga Anwar yang ternyata memberi impak negatif terhadap Parti Keadilan Rakyat. 


Ramai yang masih mengingati janji Azizah yang mahu bersara selepas memberikan kerusi Permatang Pauh kepada suami beliau setelah dibebaskan. Azizah ketika itu berkeras mahu bersara untuk menjaga cucu-cucu dan keluarga beliau, maka sekarang ramai yang ingin lihat apakah alasan Azizah untuk bertanding kali ini di Permatang Pauh.

Baca sepenuh di Jejari Kami 


No comments:

Post a Comment