Monday, April 20, 2015

Tak betul kata Proton berharap dana R&D RM2 billion


Kononnya Dato Najib ada kata Tun Mahathir kritik kerana tidak dapat dana R&D untuk Proton sebanyak RM2 billion dalam satu briefing kepada Ketua-Ketua Bahagian. Dalam interbiu dengan TV3 baru-baru ini, Dato Najib tidak ada disebut hal ini.

Dari apa yang difahamkan dari sumber-sumber yang rapat dengan pihak Proton, mereka memang ada mohon. Namun begitu, mereka tidak mengharap dan sedia "live without it".

Dipercayai Dato Najib ada menjanjikan RM200 juta untuk Proton bangunkan kereta elektrik bagi  kegunaan Putrajaya, tapi masih belum diterima setakat akhir tahun lepas.  Ini yang membuat Proton tidak mengharap permohonan RM2 billion akan diluluskan.

Dalam hal isu Tun M dan Najib, Unspinners berdiri di belakang kepimpinan Perdana Menteri dan patut dikekalkan selagi tiada salah laku olehnya. Namun kita tidak akan hina atau kritik Tun Mahathir hingga tahap biadap.

Dia berhak sebagai rakyat negara ini untuk bersuara. Apa tah lagi ramai pihak bergantung harap dengannya untuk menegur kerajaan. Hairan kenapa masih diharapkan orang tua itu. Dimana mereka-mereka yang sudah berumur dan dewasa yang lain?

Namun begitu, jika orang seperti Tun M tidak boleh tegur kerajaan, macam mana pula rakyat biasa?

Dalam menyokong dan menghormati kedua-dua pihak, kami hanya mahu berkata yang benar dan jelas mengikut pemahaman kami.

Tuduhan dan fitnah terhadap kereta nasional Proton tidak patut dilakukan dan ianya tidak wajar dipolitikkan. Kalau tak proton, macam mana orang Melayu nak terokai teknologi dan belajar bina kereta sendiri dari scratch.

Dalam hal seperti isu Sirul, kami berpendirian, Najib tidak bersalah dan proses mahkamah telah dilalui dan hukuman wajid dijalankan. Jika ada pihak lain yang terlibat selain dari Sirul dan Azrilah, maka pihak lain perlu dibawa kemuka pengadilan.

Ia tidak bermakna Sirul dan Azrilah terlepas dari hukuman melanggar undang-undang dan membunuh seorang insan dengan rela. Hukum bunuh dibalas bunuh. Itu hukum tuhan.

No comments:

Post a Comment