Wednesday, April 22, 2015

PAS, PKR dan DAP hanya BERLAKUN GADUH TENTANG HUDUD?


Demikian kata YDP PAS Permatang Pauh.

Manakala Hadi kata:

Hadi Hormat Akar Umbi Boikot PKR Di Permatang Pauh

The Malaysian Insider – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghormati keputusan akar umbi PAS yang dilaporkan akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak hudud.

Bagaimana pun katanya, beliau yakin pendirian itu tidak menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh.

“Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh,” kata Hadi pada satu program Bicara Minda & Sesi Dialog di Shah Alam hari ini yang bertajuk ‘Hudud dari Kaca Mata Hadi’.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR di sana.

Sepenuh di AIDC SINI

Cakap gini diguna untuk salahkan DAP mahu pecahkan Pakatan Rakyat.

Calun Timbalan presiden dari faction ulamak, Tuan Ibrahim Tuan Man keluarkan kenyataan keluar undi pula. Berikut kami petik ambil dari blog PAS Anak Sungai Derhaka:

Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar Ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.

PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam.

Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang.

Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulamak dan Pendirian Rasmi Dewan Ulamak kerana ia mempunyai implikasi besar. Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.

Maka sebagai Ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR. Kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.

Adapun beberapa isu yang melibatkan salah faham kerana berita yang diseleweng oleh media arus perdana sehingga menimbulkan salah tanggapan, ketegangan, Insha-Allah ia akan diselesaikan melalui perundingan dan pertemuan mahabbah antara para pimpinan dan petugas yang akan diadakan dari masa ke semasa.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap Ahli Majlis Syura PAS

22 April 2015

Sepenuhnya di SINI

Entah-entah untuk cover line tapi kenyataan mana boleh main-main.

Sekarang ... ini kenyataan dari golongan ulamak yang ditentang puak PASMA. Agak-agak PASMA ikut atau boikot ulamak untuk tak keluar undi?

Katanya ramai PASMA lari ke PRK Rompin.

Ini semua hanya memberi pelbagai interpretasi tentang PAS. Bolehkah dipercayai apa mereka kata dan konon juangkan???? 

No comments:

Post a Comment