Wednesday, April 29, 2015

Nik Abduh patut bersuara bila maruah Presiden diketepikan demi politik


Tindakan Pemuda Pulau Pinang untuk U turn seharusnya mendapat perhatian anak arwah Nik Aziz, Nik Abduh. Sepatutnya dia nyatakan pendirian terhadap tindak tanduk Pemuda PAS yang dilihat mengkompromi prinsip dan perjuangan PAS dalam perihal hudud.

Hudud adalah sesuatu yang begitu rapat dengan perjuangan PAS. Nik Abduh juga yang menyatakan arwah Nik Aziz menekankan hudud mesti dijalankan.

Keadaan di mana Pemuda PAS dipaksa dan dikenakan tekanan oleh kepimpinan PAS negeri yang diketuai Mujahid Yusof Rawa harus dipandang serius.


Pemuda kelihatan terhina dan malu dilihat masyarakat sebagai akur kepada PKR dan DAP. Padahal DAP dan PKR jelas bukan setakat menolak hudud tetapi menentang hudud dan sebarang jenis undang-undang syariah.

Atas sebab-sebab tertentu mereka pasti berdiam dalam hal undang-undang qazaf.

Pejuang kuat qazaf adalah ABIM yang sanggup munafiq untuk pertahan idola mereka yang sudah fasiq. Hukum zina, murtad, dan lain-lain diam saja aktivis dakwah dan suatu masa sering terukir kata-kata Anwar "rising tide oof Islam" suatu masa dahulu.


Calun PKR dan Presiden PKR menentang sungguh hudud hingga telah nyatakan penolakkan RUU yang mana adalah cadangan undang--undang persendirian dari Presiden PAS untuk tambah baik undang-undang syariah dan belum lagi hudud.

Bukan setakat itu saja, AMK menghina Presiden PAS. Tidak patut untuk pemimpin lain akur kepada kehendak AMK.


Kemenangan PKR di Pmth Pauh lebih penting kepada DAP dari PAS. Wan Azizah dijangka dilantik ketua pembangkang boneka DAP jika dia menang. Maka PAS akan lagi dipinggir dalam Pakatan.

DAP begitu berkuasa hingga YDP PAS Permatanag Pauh boleh diugut untuk tukar pendirian enggan membantu PKR. Yang DAP sibuk pasal bantua PKR tu kenapa? Kenapa tidak DAP bantu kempen PKR di Pmtg Pauh?

Nik Abduh tidak patut berdiam diri kerana ia menyerupai berkompromi untuk PR dan menang PRK tapi ketepikan hudud dan jatuhkan maruah Presiden

No comments:

Post a Comment