Monday, April 27, 2015
Jijah dan Nurul baru nak cakap tentang masaalah PPauh dgn Guan Eng
Sementang nama Anwar Ibrahim besar, jangan ingatkan kawasannya hebat.
Walaupun berada sebelah Pulau Pinang dan highway criss cross sana sini menuju ke pulau, utara-selatan dan timor, keadaan Permatang Pauh hanya macam kampong. Ia serupa kampong yang terbiar dan tidak dirancang untuk apa-apa.
Jika tidak pasal kerajaan pusat bangunkan Seberang Jaya, Bandar Perda dan UiTM, Permatang Pauh tiada langsung kegiatan ekonomi yang signifikan dan perbandaran. Pusat-pusat perbandaran ini bbukan rancangan Anwar semasa jadi TPM dan wakil rakyat.
Tanah kampog atau tanah pertanian sawah dilihat menunggu masa diapit proses pembandaran. Di celah rumah-rumah kampong terselit restoren jual tom yam, bengkel dan tempat simpanan jentera berat, dan macam-macam kegiatan dicelah jalan kampng yang banyak trafik.
Bila ditanya akan PKR, mereka kata baru nak cakap dengan Guan Eng. Hai ... selama 17 tahun keluarga Anwar dan Wan Azizah,apa mereka buat? Anwar pernah jadi TPM. DAP sudah tadbir Pulau Pinang dari 2008.
Takkan tiada ada apa-apa? Macam tak peduli saja ... entah berapa kerak Anwaratau Wan Azizah balik kawasan dan ambil peduli? Masa PRU, Anwar tak bbalik pun untuk kempen. Letak poster saja.
Kalau nak tanya DAP pun, ada mereka peduli?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment