Tuesday, April 21, 2015
UMNO jangan campur pertelingkahan PAS dengan PKR di Permatang Pauh
Memang betul ambil peluang ini tapi jangan pula main sembrono tanpa mengetahui latarbelakang setempat. Nanti jadi macam hal yang berlaku di sebuah tempat di Johor hingga akhirnya kerusi kalah pada PKR.
DAP gaduh dengan PAS sebab isu hudud. Haji Hadi kata DAP tak patut campur tangan bila PAS mahu bincang dengan kerajaan persekutuan tentang hal hudud di Kelantan kerana Pulau Pinang pun bincang dengan kerajaan persekutuan dalam hal jambatan kedua.
Guan Eng tidak ada jawapan lalu hanya upaya panggil Hadi mengarut dan arah PASMA jangan undi Hadi.
YDP PAS Kawasan Permatang Pauh telah membuat kenyataan terbuka untuk tidak membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.
Ini telah dibalas oleh Rafizi selaku Setiausaha Agong PKR. Dia juga turut menentang tuntutan PAS kawasan untuk tanding kawasan Permatang. Katanya, "Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR.
"PAS tidak berhak untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut."
Turut disebut adalah PKR dan DAP telah ambil keputusan untuk tidak sokong Rang Undang-Undang tentang Mahkamah Syariah yang dibawa PAS.
Ketika keadaan sedang keruh ini, ada pihak KITA yang isi nasi tambah dan harus dinggat ini boleh backfire. Tidak semesti PAS akan beri undi pada UMNO. Malah mereka boleh pusing dan anggap perseturuan antara PAS dan PKR adalah jarum peniti dari UMNO.
Baik kita buat kerja kita dan biarkan mereka sesama mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment