Monday, April 27, 2015

PAS Sngor bantu sambil kempen muktamar atau balas budi Azmin? Jeng jeng ...


Malaysiakini melaporkan Iskandar Samad exco kerajaan Selangor dari PAS:

2:17PM - 27 Apr 2015

PAS Selangor ke Permatang Pauh


PAS Selangor memutuskan untuk menghantar petugas parti itu ke Permatang Pauh untuk membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen itu 7 Mei ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, keputusan itu diambil selepas beliau berbincang dengan setiausaha agung parti berkenaan, Datuk Mustafa Ali.

Kata Iskandar, PAS Pusat memutuskan negeri-negeri di utara membantu gerak kerja pilihan raya kecil Permatang Pauh, manakala negeri di selatan bertugas di Rompin.


Namun, katanya, atas semangat setiakawan, PAS Selangor berbincang dengan Mustafa dan memohon agar dibenarkan menghantar petugas ke Permatag Pauh.

"Beliau bersetuju dengan permohonan kami. Justeru PAS Selangor akan turut membantu pilihan raya kecil di Permatang Pauh," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bilangan petugas yang dihantar ke Permatang Pauh, kata Iskandar, akan ditentukan Pengarah Piliharaya PAS Selangor, Mohd Haslin Hasan.


"Bagaimanapun fokus PAS Selangor masih kepada Rompin," katanya.


---------------------

Kenyataan ini menarik kerana siapa tak tahu dia orang haji hadi. Kenapa pula dia hantar orang ke Permatang Pauh untuk bantu PKR yang mana jelas-jelas orang PAS tempatan dan Pemuda PAS Penang tak mahu tolong?

Khabarnya PKR tempatan pun tak puashati Wan Azizah di calunkan. Mereka mahu orang muda macam Dr Afif. Namun itu semua tak boleh dipandang serius sangat. Hati masih untuk PKR.

Cuma hairan Iskandar Samad perlu hantar bantuan. Bukan dia tak tahu orang PAS atau tempatan PPauh tak akan tertipu untuk tak tahu ini PAS dari luar. Takut mereka akan anggap ini sama dengan PASMA dari Kedah pimpinan Phahrolrazi.


Satu saja kemungkinan. Iskandar Samad sedang berkempen untuk jawatan atau ahli AJK PAS Pusat. Maka dia perlulah sokongan puak PASMA juga. Satu lagi perkara adalah Iskandar adalah ahli exco Selangor.

Satu masa nama dia ditonjlkan untuk ganti Khalid Ibrahim. Mungkinkah ini sebagai tindakan balas budi untuk Azmin.

Macam real saja Azmin sokong Kak wan. Dok sana ke mari macam kempen. Duit dah turun belum?

Betoi ka Iskandar Samad tolong Kak Wan? Tolong Azmin kot ...

No comments:

Post a Comment