Tuesday, April 14, 2015

PAS tak rasional TETAP mahu tanding Rompin


Sosek sosek ini begitu hangat diperkatakan setelah BN tidak menyaingi Pas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan tempoh hari.

Lagipun dengan majoriti besar 15,114 undi yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dalam PRU-13 lalu, agak mustahil untuk Pas merampas kembali Rompin yang dikuasai wakil rakyat UMNO sejak 23 tahun lalu. Bahkan, Allahyarham Jamaluddin amat disenangi pengundi kerana banyak membantu serta menyumbang bakti kepada rakyat.

Tambahan lagi, UMNO Bahagian Rompin yang kini dipangku oleh timbalan ketuanya, Datuk Hassan Ariffin yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Pahang tentu sekali tidak akan membiarkan pembangkang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian yang dikecapi penduduk Rompin selama ini.

Sama seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendominasi DUN Chempaka berpenggal-penggal lamanya, BN bukan tandingan Pas di Rompin. Untuk sebab kekosongan dua kerusi inipun kerana kematian wakil rak­yatnya.

Pas pernah tidak menurunkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam, Raub pada 2007.

Alasan yang diberikan Pas ketika itu kerana ‘memboikotnya’ walaupun perkara sebenar kerana tidak berani bersaing selain menghormati kematian ADUN yang telah meninggal dunia. Jadi, tak salah jika Pas berbuat perkara sama, kali ini di Rompin.

Baca keratan UM sepenuh di Jiwa Paradox SINI

Namun begitu, PAS tetap bertegas untuk tanding juga di PRK Rompin. Pada mereka, kalah menang bukan perkiraan tetapi istiqamah perjuangan.

Baca di Headbomb SINI

Unspinners ada beri pandangan bahawa UMNO tak patut tak tanding di Cempaka baru2 ini.

No comments:

Post a Comment