Wednesday, April 8, 2015

Mana pemimpin UMNO ketika Anwar, Rafizi dan Tony Pua serang Najib?


Petikan dari The Flying Kick

Sekarang kita boleh tengok, pemimpin UMNO yang sedia mempertahankan Najib dan kerajaannya, ada di mana-mana. Mereka bercakap, mereka bersuara, mereka berhujah dan mereka menyatakan dengan penuh berani. Malah yang dahulunya bekas PKR pun, sekarang ini sangat ramah dan sangat tajam bahasanya. Malah ada pula ketua agensi yang memanggil wartawan untuk wartawan mempublisitikan kata-katanya ke atas Tun Mahathir.

Persoalan yang dibangkitkan, ke mana habis mereka semasa Najib dan kerajaannya diserang oleh Pakatan Rakyat?

Mana perginya bekas PKR yang cukup hebat mengacah orang lain berdebat tentang Mahathir dengannya ketika Najib difitnah oleh Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli serta Tony Pua?

Ke mana hilang habis pengetahuan, keberanian, kelancaran, dan kemantapan hujah apabila Tony Pua dan Rafizi mengeluarkan pelbagai data-data mengelirukan untuk menyerang dan menfitnah Najib secara terang-terangan?

Mana habis Ketua-Ketua UMNO Bahagian? Mana perginya Ketua-Ketua Cawangan dan para pemimpin UMNO yang lain pada ketika Najib diserang bertali arus oleh pembangkang?

Yang jadi Menteri pun, biasanya akan memilih untuk mendiamkan diri apabila Najib diserang.

Sepenuh di SINI


No comments:

Post a Comment