Menurut blog pembangkang Negara Pakatan Rakyat SINI, PR akan dedahkan skandal-skandal arwah JJ. Memetik berikut:
Menurut sumber, sebetulnya banyak mengenai keburukan Jamaludin Jarjis ini yang tidak diketahui pengundi Rompin kerana arwah ini bijak menyembunyikan skandalnya dari mata rakyat dengan kebaikan yang kecil. Antaranya, Pakatan Rakyat akan mendedahkan sebab sebenar Jamaludin di lantik menjadi Duta ke Amerika Syarikat secara tergesa-gesa dan banyak lagi.
Tindakan ini difikirkan wajar sekalipun mungkin ada yang akan mempersoalkannya kerana arwah sudah mati. Yang penting, rakyat perlu difahamkan perkara buruk mengenai Jamaludin Jarjis yang tidak diketahui, persoalan moral letak belakang. Selepas itu mereka nak undi PAS atau tidak, itu masalah mereka.
Lagipun Pakatan Rakyat yakin UMNO akan turut menggunakan pendekatan yang sama di Permatang Pauh nanti dengan menjadikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan Februari lepas sebagai bahan utama kempen mereka nanti.
----------------
Sudahlah tidak hormatkan JJ dengan PAS tak payah tanding. [baca Mkini SINI]. Padahal JJ tak kira parti bila tolong rakyat - PAS atau UMNO.
Mungkin pasal disebut Hasan Ariffin akan teruskan legasi JJ. Baca SINI.
Passti ada isu yang maklumat sebenar hanya sekerat dan menimbulkan persepsi salah. Tuduhan demikian perlu JJ untuk jawab dan jelaskan. JJ bukan Lee Kuan Yew yang dah janji akan kembali jika apa-apa berlaku yang tak sedap di Singapura.
Amat tidak adil untuk kaitkan JJ dalam PRK yang hanya melibatkan calun BN Dato Hasan Ariffin dan calun PAS. Kita bincang isu calun dan parti sajalah....
Lagi baik, pilih saja hasan Ariffin, Orang baik ...
No comments:
Post a Comment