Wednesday, April 29, 2015

Lepas dapatkan U Turn, Pemuda PAS tempatan diketepikan ...


Puak-puak PASMa bukan nak sangat bantuan Pemuda PAS Permatang Pauh atau pun Pemuda PAS Pulau Pinang untuk bantu jentera PKR. Depa tak harap pun.

Yang mereka mahu hanyalah "endorsement" berupa Pemuda PAS Penang tidak lagi U Turn dan akan kerjasama untuk banttu PKR dan PR menang. Sebaik saja, keluar kenyataan itu, segeralah media pro PR hebahkan PAS dah kembali bantu PKR dan PR.

Media dan blogger UMNO pula bantu sama dengan mengkritik PAS kerana U turn sebagai mana mereka sedia ketepikan hudud untuk negara kebajikan dan banyak lagi U turn oleh PAS di masa lepas.

Patut beringat kita perlu undi semua pihak dan ahli pelbagai parti.

Tambah lagi, U turn ini boleh diputarbelit untuk beri persepsi bahawa Haji Hadi dah benarkan ahli PAS yang ramai di Permatang Pasir untuk undi Wan Azizah.

Caranya adalah kembali adakan program ceramah besar dan mulakan wave ceramah yang mulanya sikit tapi akan brtambah tiap2 hari dengan memastikan ceramah di adakan di tempat sama.

Jika orang tempatan boikot, mereka bawa orang luar dan ahli PKR dahulu yang mana akhirnya orang yang nak ambil tahuu akan akhirnya datang juga.

Pemuda PAS tempatan dan Penang dah boleh diketepikan. Ada yang boleh digertak untuk bantu dengan ditipu kata DAP akan tukar seat DUN PAS kepada PKR.


Bagi orang PAS yang pejenis sempoi dan tak sedar program di tempat mereka bukan dianjur PAS tempatan akan ingat semua dah OK.

Sebenarnya belum OK. Setakat malam tadi bendera PAS, pondok dan program ceramah di Permatang Pasir masih tidak nampak dan hanya pondok PKR yang terbina. Terjumpa satu saja ceramah PAS yang jenis macam funfair di Permatang Nibong.

Ramai dok cerita semua tu dijalankan PAS dari Kedah, Selangor dan Perak. Mungkin sekali U turn ni hanya kat atas-atas, belah bawah belum lagi.


No comments:

Post a Comment