Thursday, April 23, 2015

Permatang Pauh bakal jadi PRK GST


Di mana saja ada banner mempromosi ceramah atau sebarang program di Penang dan PPauh, mesti ada menyebut GST.

Gimik pun dah dimulakan:




Apa kata diterima dan guna peluang sebagai majlis penerangan GST dari dijadikan kempen politik.

Harap pihak kempen untuk UMNO cukup faham dan cekap menjelaskan kerana GST bakal merupakan salah satu dari dua isu yang bakal diutamakan oleh PKR.

Kami tertarik pada usaha untuk menjelaskan oleh blogger yang juga seorang peguam hebat dan pengacara di MobTV, Dato Jaharbedeen dalam blognya. Dipetik berikut:

Pernahkah kita cuba ingin mencari jawapan mengapa 43 drpd 57 negara (75%) dlm OIC, Organisation of Islamic Cooperation sudah melaksana GST/VAT? Tentu negara2 itu tahu yg GST hukumnya harus & dibolehkan drpd sudut agama Islam.

Jawapannya ialah kerana GST lebih baik drpd sistem cukai kepenggunaan yg lain spt SST Sales & Services Tax atau CJP, Cukai Jualan & Perkhidmatan yg di Msia ini sudah pun dilaksana sejak 1972 & 1975.

SST? Apa itu? Pembangkang sebut selama ini kita tak ada kena cukai tapi sekarang semua org kena. Betul ke itu? Black box kapal terbang warna hitam. Betul ke? GST cukai yg zalim. Betul ke? Kotak hitam rupa-rupanya berwarna jingga/oren. GST model Msia yg sebenar adalah cukai yg adil & tidak zalim.

Selama ini rakyat Msia sudah pun membayar cukai SST dlm banyak barang & perkhidmatan iaitu 5% atau 6% atau 10%. Malangnya SST itu kurang telus sbb ianya termasuk dlm harga barang yg rakyat tidak perasan sedangkan GST kini telus kerana ada dlm resit. Rakyat Msia tiba2 menjadi tambah celik kewangan bermula 1/4/15. Dulu tidak pernah simpan resit barang2 yg dibeli, skrng resit dibaca, disimpan & di whatsapp ke seluruh dunia !!


Sepenuh di SINI.


Yang jadi barang naik adalah peniaga dan pemborong tidak menolak SST dan hanya menambah GST.

Kita sebagai konsumer patut beri tekanan pasaran terhadap peniaga yang melanggar undang-undang dan lintah yang mencekik darah keringat rakyat. Boikot saja kedai berikut!!!!

Namun pihak berkuasa kenalah memainkan peranan kerana jika pegawai kerajaan buat tak tahu tak jalankan tugas, parti pemerintah yang disalahkan.

Itu tidak adil kepada parti pemerintah tapi itulah sikap rakyat. Pegawai kerajaan tidak boleh diarah oleh parti pemerintah tapi oleh Pengarah atau Ketua Pengarah atau KSU.

Harap dibawa penceramah yang ada kredibiliti dan boleh cakap dalam bahasa yang rakyat faham.

Walaupun Menteri tapi bila sudah hilang kredibiliti atau dah banyak silap hingga jadi bahan momokkan, baik jadi tukang atur dan tak perlu jadi tukang kempen.

No comments:

Post a Comment