Thursday, April 2, 2015

Afif Baharuddin calun PKR di PPauh, TAPI PR macam GABRA DI KUBU SENDIRI


Sudah diumumkan Anwar terpaksa lepaskan kursi.

Manakala Afif masih cuba menegakkan benang basah:


Disebalik penolakkan Pengampunan Diraja yang dipohon untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1. Permohonan tidak mengikut prosedur.  Permohonan bukan dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Ianya dilakukan atas nama Datin Seri Wan Azizah dan anak-anaknya.

2. Datuk Seri Anwar tidak menandatangan permohonan tersebut. Sebaliknya ia ditandatangan oleh Datin Seri Wan Azizah.

3. Permohonan Pengampunan Diraja hendaklah dipohon oleh Datuk Seri Anwar sendiri.

4. Tindakan melulu Datin Seri Wan Azizah,YB Nurul Izzah, Nurul Nuha dan YB Rafizi Ramli tanpa berbincang dengan parti terlebih dahulu membuatkan peluang Datuk Seri Anwar bebas telah tertutup. Sepatutnya mereka berempat yakinkan Datuk Seri Anwar terlebih dahulu dan dapatkan tandatangan beliau untuk permohonan Pengampunan Diraja.

5. Tindakan mereka berempat dilakukan secara sulit tanpa memaklumkan kepada parti terlebih dahulu bertujuan untuk menyekat YAB Menteri Besar Selangor, Azmin Ali daripada dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

6. Ahli-ahli parti berharap selepas ini jika ada apa-apa tindakan besar yang hendak diambil, Datin Seri Wan Azizah serta keluarga dan YB Rafizi Ramli perlu bawa kepada parti terlebih dahulu untuk dibincangkan.

Sekian
Dr Afif Bahardin
Adun Seberang Jaya
Timbalan Ketua AMK
Exco Kerajaan Negeri P.Pinang

Tak perlu Afif nak auta. 

Anwar tidak akan ngaku salah dan macam mana nak minta ampun untuk sesuatu yang dia tak ngaku salah? 



Dalama posting terbaru Gelagat Anwar, nama Afif dah disebutkan sebagai calun dan Nurul Nuha bakal diketepikan atas alasan nepotisma. Itu yang nama dia sering keluar sana sini:

Sekarang ini di kalangan kepimpinan PKR (baik di HQ mahupun di negeri), tertanya-tanya tentang wujudnya sepucuk surat daripada Menteri Besar Selangor/Timbalan Presiden PKR yang mahukan Presiden beransur dari jawatan sekarang kepada Ketua Umum. MB Selangor mengatakan parti sudah semakin hilang halatuju dan tidak ada fokus.

Azmin merasakan Keadilan Raya sudah mula perlu dibangkitkan semula dengan menyeluruh. Wan Azizah tidak kena membawa imej pemimpin kerana kelihatan lemah dan tidak forceful. PKR perlukan pimpinan baru.

Perang psikologi Azmin ini melarat sampai ke senarai calon di Permatang Pauh. Nuha sudah dipinggirkan sama sekali. Susah nak pertahan bila isu nepotisme timbul.

Maka itu, untuk Permatang Pauh, Azmin berikan syarat berikut:-

- Calon muda (Yusmadi/Dr Afif antara calon utama).
- Kewangan akan ditanggung sepenuhnya Azmin
- Kak Wan ambil jawatan Ketua Umum
- Peralihan kuasa mesti berlaku selepas Permatang Pauh
- Azmin ambil alih parti dan Ketua Pembangkang.
- Nuha dipersiapkan untuk PRU14 (dalam bandar; Setiawangsa adalah kawasan utama).

Budak-budak Azmin di Permatang Pauh sudah siapkan costing awal dan ianya mencecah RM2.3 juta. Murah untuk sebuah kawasan Parlimen kubu kuat.

Azmin mahu urusan duit kempen diuruskan oleh orang Selangor dan bukan PKR Pulau Pinang. Ini bagi memudahkan urusan resit dan claim dapat diuruskan dengan lebih baik dan sempurna.

Sepenuh di SINI


Namun Nurul Nuha ada cita2:

Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Peribahasa melayu lama ini amat sesuai dengan gelagat famili Bapa Peliwat Negara. Mutakhir ini kita berpeluang menyaksikan bakat lakonan dari ahli famili KETUM..!

Klik link http://medan-info-kita.blogspot.com/2015/04/modal-dukung-cucu-anwar-untuk-mengemis.html?m=1






PKR bakal hilang undi Pas di Permatang Pauh?
MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PERMATANG PAUH 1 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR)  kemungkinan besar untuk hilang lebih 5,000 undi daripada ahli Pas sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh diadakan dalam masa terdekat ekorannya timbulnya beberapa isu membabitkan kedua-dua parti kebelakangan ini.

Sentimen berkenaan jelas kelihatan terutamanya di kawasan Kubang Semang yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang diwakili wakil rakyat tunggal Pas, Datuk Mohd. Salleh Man.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati  satu papan tanda besar dinaikkan bagi menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hukum Hudud yang diluluskan di DUN Kelantan baru - baru ini.

Mohd. Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau tidak dapat menghalang tindakan menggantung papan tanda berkenaan kerana ia merupakan hak individu yang mahu menyatakan sokongan kepada Abdul Hadi dan Pas.

Katanya, papan tanda itu bukan dinaikkan oleh Pas kawasan berkenaan namun tidak menafikan ia merupakan suara akar umbi ahli parti yang terkesan kerana kecaman yang diterima Pas daripada DAP dan PKR selepas Hudud yang diperjuangankan oleh parti itu sejak sekian lama mula menampakkan jalan positif.

" Mereka (ahli Pas) bebas untuk menyatakan pendapat masing- masing dan harus dihormati," katanya.

Ditanya mengenai sokongan padu yang diberikan Pas kepada PKR di Permatang Pauh selama ini akan terhakis, Mohd. Salleh berkata, setakat ini mereka masih menghormati prinsip kerjasama yang terjalin.

" Ketiga- tiga parti kena saling menjaga hati dan saya tidak nafikan, Pas terutamanya di Permatang Pasir mempunyai pengaruh kuat dalam memastikan kemenangan PKR. Cuma, kena jaga hati Pas, baru 'cantik', " katanya.

Sementara itu, Bendahari Pas negeri, Iszuree Ibrahim berkata, kecaman yang diterima Pas mungkin akan menyebabkan ahli- ahli Pas di Permatang Pauh berubah hati dan tidak akan memberi undi kepada PKR.

" Kemungkinan tidak mengundi PKR itu ada kerana ahli Pas peringkat akar umbi berasa terguris kerana kecaman yang diterima pucuk pimpinan parti, " katanya.

Sementara itu, pengundi di Permatang Pauh yang ditemui berkata, pihak- pihak tertentu tidak seharusnya memperkecilkan peranan Pas di Permatang Pauh.

Penjual kuih, Yuha Ruzni,26, berkata, banyak isu yang membelenggu hubungan Pas - DAP dan PKR kebelakangan ini dijangka memberi kesan kepada undi yang diterima calon PKR.

" Pada akhirnya, sokongan ahli Pas tetap utuh untuk parti sendiri dan wajar dihormati," katanya.

Seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Shahidan Rahman,40, berkata, sokongan ahli Pas terhadap PKR tidak sekuat seperti sebelum ini.

" Kalau dahulu, 10 penyokong Pas akan beri sokongan kepada PKR tetapi kini saya percaya, empat daripadanya sudah hilang keyakinan dan tidak akan menyokong calon parti itu lagi," katanya.

Sebelum ini, DAP berkata:



Permatang Pauh kubu kuat PR dan PKR ... amacam ini?

No comments:

Post a Comment