Tuesday, September 2, 2014

PPS urusan keselamatan polis, UMNO usah tumpang tui


PPS melibatkan isu keselamatan di mana sebuah badan ditubuhkan tapi tidak didaftarkan.

Pihak kerajaan Pulau Pinang sudah menceroboh bidang kuasa polis dan apa sekali alasan untuk dibandingkan dengan pelbagai badan yang ditubuhkan, ianya melibatkan pihak polis dan KDN, bukan negeri.

Kerajaan negeri tidak ada legitimasi kerana ianya tidak dibentangkan di DUN. Tambah lagi, PPS tidak terlibat untuk membantu polis tapi sudah menentang polis. KM sendiri telah mencabar IGP dan pihak polis. Maka polis berhak melakukan tindakan yang sewajar.

Tambah lagi, ahli-ahli PPS adalah penjenayah dan penagih dadah. Ada pula kejadian di mana PPS telah memukul orang ramai. Mereka menahan kenderaan seperti berkuasa macam polis.



Tujuan tersirat PPS adalah untuk menjadi enforcer menentang polis dan ini dapat dilihat apabila jumlah ahli sudah sampai 10 ribu. Jumlah sedimikian berupaya menentang dan menghadapai polis terutama bila melibatkan kongsi gelap.

INi boleh menimbulkan suasana lepas.


Jika Guan ENg terus bersikap menentang dari mengikut lunas-lunas undang-undang dan mahu mengugut untuk kucar kacirkan keselamatan awam, maka pihak berkuasa harus memikirkan untuk hidupkan kembali ISA dan tambah baik SOSMA untuk diisi elemen pencegahan.

Itu peranan UMNO dan parti yang menguasai kerajaan. Polisi kerajaan harus selari dengan aspirasi parti untuk menjaga kepentingan rakyat. Bukan untuk menimba populariti sementang PWTC nak bersidang.


Tak perlu nak ungkit hal Unit Amal PAS atau nak buat laporan SPRM untuk sumbangan kerajaan negeri yang hanya RM1 juta. Ketua Perhubungan Negeri tak perlu nak buat komen. Tahun lepas ada yang cakap berkobar di PWTC tapi tiada tindakan. Bila kena saman, diam saja hingga tiba-tiba off court settlement.

Ini kerja polis, usah campur tangan.Urusan Pemuda dalaman tu lebih baik diselesaikan ...


Lagi pun, tak mahu urusan polis dipolitikkan.

No comments:

Post a Comment